hiduprakyat
Active Member
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 2,308
- Reaction score
- 174
- Points
- 33
LANGKAWI: Sebuah hotel terkemuka di Teluk Datai di sini terbakar sekali lagi awal pagi ini, selepas bangunan hotel sama turut terbakar petang semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi tadi, hotel berkenaan terbakar semula akibat angin kencang selain struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada jam 1.13 pagi.
"Kebakaran membabitkan bangunan bersebelahan blok utama hotel berkenaan. Anggaran kemusnahan struktur bangunan itu ialah hampir 100 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi pemadaman masih dilakukan dan pihaknya mengalami masalah bekalan air dan akses untuk melakukan operasi memadam kebakaran.
"Anggota juga ada membuat pengawalan kebakaran di bahagian restoran bersebelahan hotel itu bagi mengelak bahang api daripada kebakaran utama," katanya.
Dalam kejadian petang semalam, sebuah bangunan hotel berkenaan turut terbakar, namun anggota bomba dapat mengawal kebakaran sebelum kebakaran dipadamkan sepenuhnya.
== bharian
Last edited: