Hot!!! >> Panduan Memohon Pinjaman Perniagaan ( Business Loan )

CG Sponsors




hakimann

Active Member
Joined
Aug 11, 2009
Messages
1,559
Reaction score
89
Points
30
Meminjam daripada institusi kewangan adalah salah satu cara bagi usahawan untuk mendapatkan pembiayaan bagi perniagaannya.

Proses Permohonan Pinjaman

Ada 3 tahap utama dalam proses permohonan pinjaman iaitu:

1.Menyediakan rancangan perniagaan perniagaan
2.Penghantaran permohonan pinjaman
3.Penilaian permohonan pinjaman

Setelah rancangan perniagaan disediakan, anda perlu menghantar permohonan anda bersama-sama dokumen-dokumen yang diperlukan. Seterusnya, anda akan ditemuduga pihak institusi perbankan untuk menentukan dan menilai kedudukan kewangan anda dengan lebih baik. Pihak institusi perbankan juga akan melawat premis perniagaan anda untuk tujuan yang sama. Permohonan anda akan dinilai berdasarkan 5 aspek iaitu karektor, modal, kapasiti, keadaan dan cagaran.

Berikut ialah ringkasan proses permohonan pinjaman untuk PKS:



Dokumen yang diperlukan untuk Permohonan Pinjaman

Institusi perbankan yang berbeza mempunyai borang permohonan pinjaman senarai semak permohonan pinjaman yang berlainan. Walau bagaimanapun, kebanyakan institusi perbankan memerlukan dokumen yang sama untuk tujuan pengesahan dan penilaian. Senarai berikut merupakan dokumen yang diperlukan (mengikut jenis syarikat) untuk permohonan pinjaman.

Dokumen untuk Syarikat

-Memorandum & artikel persatuan

-Sijil penubuhan (Borang 9)

-Penyata peruntukan saham (Borang 24)

-Penyata yang memberikan butiran daftar
pengarah dll. (Borang 49)

-Salinan kad pengenalan pengarah/penjamin

-Borang J pengarah/penjamin


Dokumen untuk Perkongsian dan Keempunyaan Tunggal

-Pendaftaran perniagaan

-Lesen perniagaan

-Penyata cukai pendapatan perniagaan

-Borang J pekongsi/empunya tunggal

-Salinan kad pengenalan pekongsi/empunya tunggal


Dokumen Kewangan dan Pengurusan

-Akaun yang telah diaudit (disahkan oleh juruaudit sekiranya bukan syarikat) untuk tempoh 3 tahun

-Penyata akaun semasa yang disimpan di lain-lain institusi perbankan untuk tempoh 6 bulan

-Pendedahan semua pinjaman dengan lain-lain institusi perbankan bersama-sama surat-surat tawaran

-Penyata pembayaran balik pinjaman/penggunaan kemudahan perdagangan dari lain-lain institusi perbankan

-Unjuran perniagaan dan aliran tunai

-Senarai pembekal dan pembeli utama

-Pemiutang dan penghutang mengikut senarai pengusiaan

-Profil syarikat/pelan perniagaan/profil pengarah syarikat

-Akaun pengurusan terkini

-Laporan kebolehlaksanaan (untuk pembiayaan projek dan usaha niaga baru)


Dokumen cagaran

-Salinan perjanjian jual beli yang berkaitan dan geran tanah yang dicadangkan sebagai cagaran

-Dokumen yang membuktikan pemilikan keatas lain-lain cagaran yang dicadangkan

-Laporan penilaian yang berkaitan


Lain-lain dokumen

-Kontrak dalam tangan/surat tawaran kontrak

-Dokumen untuk membuktikan lain-lain punca pendapatan

-Maklumat mengenai entiti perniagaan yang berkaitan

-Invois dan dokumen komersial

-Kontrak-kontrak lengkap dan kontrak-kontrak berpotensi

-Pinjaman kumpulan

Senarai Tabung Bantuan / Pinjaman Kewangan Perniagaan Dalam Software ini.

• Dana Khas Kerajaan Persekutuan untuk Terengganu
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Dana Usahawan Negeri Terengganu (DUNT)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Francais Belia
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
• Kemudahan Bantuan Untuk PKS
Bank Negara Malaysia
• Kemudahan Modenisasi Untuk PKS
Bank Negara Malaysia
• Kemudahan Pembiayaan "Malaysia Kitchen"
Export-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM Bank)
• Kemudahan Pembiayaan Kontrak Seberang Laut
Export-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM Bank)
• Kemudahan Pembiayaan Projek Seberang Laut
Export-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM Bank)
• Kemudahan Pembiayaan Tekun
Yayasan Tekun Nasional (YTN)
• Modal untuk Usahawan Koperasi (MUSK)
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
• Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Agrobank Malaysia
• Pinjaman Mudah untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Skim Belia Niaga
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
• Skim Belia Tani - i (SBT-i)
Agrobank Malaysia
• Skim Francais Eksekutif
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
• Skim Khas Pembiayaan Penjenamaan Antarabangsa
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Skim Kredit Padi (SKP)
Agrobank Malaysia
• Skim Kredit Pengeluaran Makanan (SKPM)
Agrobank Malaysia
• Skim Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (MPPB)
Agrobank Malaysia
• Skim Modal Asas (Batik Dan Kraf)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Skim Modal Usahawan Tani
Agrobank Malaysia
• Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
• Skim Pembiayaan Ekonomi Desa Kaum India (SPEDI)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Skim Pembiayaan Filem Cereka
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Skim Pembiayaan Francais PNS
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
• Skim Pembiayaan Hutang
Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)
• Skim Pembiayaan Ikhtiar AIM
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
• Skim Pembiayaan LITS (Low Intensity Tapping System)
Agrobank Malaysia
• Skim Pembiayaan Mudah Pembangunan Automotif
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Skim Pembiayaan Perniagaan MARA
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
• Skim Pembiayaan Pusat Negeri (SPPN)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
• Skim Pemborong PROSPER
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
• Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK)
Bank Negara Malaysia
• Skim Pinjaman Mudah Automasi dan Modenisasi
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Skim Pinjaman Mudah bagi Penempatan Semula Kilang (SLFR)
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Skim Pinjaman Mudah untuk Penerapan Aplikasi ICT (SLICT)
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Skim Pra-Francais
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
• Skim PROSPER Siswazah
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
• Skim Runcit PROSPER
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
• Skim Tanaman Semula Kelapa Sawit (TASKS)
Agrobank Malaysia
• Skim Tanmiah 1 (PROGRAM THIRD WINDOW)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Skim Tanmiah 2 (PROGRAM INDUSTRI STRATEGIK)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah (SUTKS)
Agrobank Malaysia
• Tabung Industri Kecil & Sederhana ke 2 (TIKS2)
Agrobank Malaysia
• Tabung Industri Kecil Dan Sederhana 2 (TIKS 2)
Bank Negara Malaysia
• Tabung Infrastruktur Pelancongan (TIF)
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
• Tabung Khas Pelancongan 2 (SFT 2)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Tabung Pembangunan ASEAN-Japan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
• Tabung Perkapalan
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
• Tabung Projek Usahawan Bumiputera
Bank Negara Malaysia
• Tabung Teknologi Tinggi
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
• Tabung Untuk Makanan (3F)
Agrobank Malaysia
• Tabung Untuk Makanan
Bank Negara Malaysia
• Tabung Usahawan Baru 2 (TUB 2)
Bank Negara Malaysia
• Tabung Usahawan Siswazah (TUS)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)



 
Last edited:
Sponsored Post

hakimann

Active Member
Joined
Aug 11, 2009
Messages
1,559
Reaction score
89
Points
30
Perniagaan anda memerlukan modal kerja untuk operasi harian perniagaan. Terdapat pelbagai produk yang ditawarkan insititusi perbankan untuk membantu anda melancarkan urusan perniagaan anda dan produk tersebut termasuklah:

Overdraft

-Kegunaan
Bagi memenuhi keperluan modal kerja, iaitu pembayaran gaji, pembelian, utiliti dan lain-lain.


-Ciri-ciri
Pinjaman pusingan yang disediakan kepada pelanggan perniagaan melalui akaun semasa

Fi komitmen sebanyak 1% dikenakan atas baki kemudahan yang tidak digunakan

Faedah dikira atas kadar harian berdasarkan baki belum jelas pada akhir setiap hari perniagaan

-Faedah
Kefleksibelan dalam pengurusan wang kerana OD dapat digunakan secara berterusan, selagi kemudahan tersebut digunakan dengan cara yang teratur dan perniagaan terus diuruskan dengan memuaskan
 

hakimann

Active Member
Joined
Aug 11, 2009
Messages
1,559
Reaction score
89
Points
30
Kredit Pusingan

-Kegunaan

Seperti OD, ia bersifat jangka pendek dan biasanya digunakan untuk memenuhi keperluan modal kerja jangka pendek.

-Ciri-ciri

Pinjaman yang diberikan untuk satu tempoh jangka masa tertentu yang boleh dipusing semula apabila matang

Kemudahan jangka pendek yang sesuai bagi syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik

Pengeluaran pinjaman melalui surat daripada PKS kepada institusi kewangan dengan menyatakan tempoh pinjaman yang diperlukan

-Faedah

Kos pembiayaan lebih rendah berbanding dengan kemudahan pembiayaan konvensional

Wang boleh digunakan secara berterusan kerana ia adalah kemudahan pusingan
 

hakimann

Active Member
Joined
Aug 11, 2009
Messages
1,559
Reaction score
89
Points
30
Pemfaktoran

Kegunaan

Bagi memperolehi pembiayaan jangka pendek untuk hutang dagangan (jualan barangan kepada pelanggan secara kredit).

Ciri-ciri

Satu kaedah pembiayaan yang mana institusi perbankan membeli invois dagangan pelanggan secara diskaun atas nilai muka invois berkenaan dan menyediakan pendahuluan tunai bagi tujuan perniagaan.

Faedah

Pendahuluan tunai diperolehi dengan mudah dan cepat

Tidak memerlukan cagaran

Dapat menjual pada harga yang lebih berdaya saing kepada pengguna yang membeli secara kredit
 

hakimann

Active Member
Joined
Aug 11, 2009
Messages
1,559
Reaction score
89
Points
30
Perolehan aset ialah kaedah strategik untuk memperkembangkan perniagaan anda. Anda mungkin bercadang untuk membeli hartanah atau peralatan untuk perniagaan anda, dan untuk berbuat demikian, anda perlu memilih produk pembiayaan daripada institusi perbankan yang menawarkannya.

Antara produk yang membantu perolehan aset perniagaan anda termasuklah:

Pinjaman Berjangka

-Kegunaan

Untuk memperolehi aset tetap (harta tak alih, iaitu, tanah dan bangunan serta kenderaan komersil).

-Ciri-ciri

Pinjaman yang diberi untuk jangka masa yang telah ditetapkan (tempoh), dengan pembayaran balik secara ansuran.

-Faedah

Memudahkan pengurusan wang memandangkan jumlah bayaran telah ditetapkan.

2. Pajakan


3. Sewa beli industri
...
 

hakimann

Active Member
Joined
Aug 11, 2009
Messages
1,559
Reaction score
89
Points
30
2.Pajakan

Kegunaan

-Untuk memperolehi modal aset seperti peralatan dan mesin.

Ciri-ciri

-Kemudahan yang membenarkan PKS memajak peralatan daripada institusi perbankan tanpa perlu membeli peralatan itu

Faedah

-Memudahkan pengurusan wang kerana jumlah ansuran pajakan telah ditentukan

-Ansuran yang dibayar untuk pajakan layak mendapat pelepasan cukai sepenuhnya

-Untuk pajakan operasi, kos penyelenggaraan ditanggung oleh pemberi pajak
 

iluvsuperstore.com

Fun Poster
Joined
Oct 30, 2009
Messages
241
Reaction score
0
Points
10
pinjaman untuk mengembangkan perniagaan bukan memulakna perniagaan..betul tak tt??
 

redpips

Fun Poster
Joined
Dec 11, 2009
Messages
881
Reaction score
22
Points
15
kalu nak pinjam nak main forex buleh tak bro....:(:)(:)((
 

gengjawa

CG Top Poster Club, XM Official, Introducing Broke
Platinum Member
Joined
Dec 22, 2006
Messages
33,087
Reaction score
200
Points
123
kalu nak pinjam nak main forex buleh tak bro....:(:)(:)((
proposal nie xpernah dibuat dek org
bikin la real biz
pas dpt duit nak joli pun xper:)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register