Hot mama sangap chatting/sms

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
SOALAN KPD DANG ALONSO:))

SAYA anak kedua daripada enam beradik dan menuntut di universiti dalam bidang perubatan. Saya percaya, umum tahu betapa tertekannya berada dalam bidang yang banyak menuntut kesabaran 100 peratus ini.

Namun tujuan sebenar saya melayarkan lembaran di laman ini bukan mengenai saya, sebaliknya lebih kepada masalah rumah tangga ibu bapa. Saya tertekan dengan masalah mereka yang tiada berpenghujung sejak lima tahun lalu.

Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikannya tetapi sebagai anak, saya betul-betul tertekan dengan apa yang terjadi.

Bayangkan, setiap kali pulang ke rumah, saya harus mendengar caci-maki, carut mencarut dan pukul memukul yang saban waktu berlaku antara mereka.

Rumah tangga ibu bapa saya mula bermasalah pada 2005. Ketika itu ibu yang mula mengenali dunia pekerjaan dan kecanggihan teknologi maklumat (IT) kerap bergayut di telefon dengan ramai kenalan lelaki.

Kakak sulung saya kerap menegur tindak tanduk ibu, tetapi dia mengatakan semua kenalan lelaki itu hanya kawan biasa. Bagaimanapun, saban hari perkara sama berulang hinggalah bapa terserempak ibu berdua-duaan dengan lelaki muda.

Sejak itu hubungan mereka semakin keruh dan akhirnya bercerai. Ketika bergelar janda, ibu masih meneruskan hubungannya dengan ramai lelaki.

Saya malu dengan perangai ibu dan tak pernah berhenti menasihatinya supaya bertaubat serta kembali ke pangkal jalan.

Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan Allah kerana ibu mula berubah serta rujuk kembali dengan ayah pada akhir 2006. Namun, entah di mana silapnya, selepas bekerja dan memegang jawatan besar, ibu mengulangi tabiat lamanya.

Dia asyik bermain SMS dan ‘chatting’ di laman sosial dengan pelbagai lelaki. Malah, ibu ada nombor telefon rahsia yang langsung tidak diketahui kami adik-beradik dan ayah.

Saya dan adik perempuan saya pernah terjumpa telefon bimbit ibu. Apabila membuka kandungannya, pelbagai kata manja dan ayat-ayat cinta tertera di dalamnya. Gambar kenalan lelaki ibu juga terlalu banyak dan kebanyakannya dengan gaya kurang sopan.

Saya tidak faham kenapa perkara sebegini boleh berlaku kepada ibu. Lebih parah lagi bila bapa mengetahui kegiatan ibu dan ketika itulah bermulanya perang mulut dan bahasa kotor mula didengar.

Saya bertambah sedih kerana bapa tidak pernah berdoa meminta keamanan dalam rumah kami kembali semula, sebaliknya dia juga melakukan perkara sama seperti ibu. Saya tidak sanggup menanggung derita ini lagi.

Adik sering mengadu perkara buruk mengenai ibu bapa kepada saya. Mereka juga menunjukkan kebencian pada ibu dan bapa, terutama adik bongsu. Ini membimbangkan saya. Saya juga jadi ‘moody’ dan kerap sakit.

Untuk pengetahuan Dang Setia, kakak sulung saya adalah arkitek dan berkahwin hampir setahun lalu. Namun, Kak Long berdepan masalah rumah tangganya yang hampir hancur dan menghidap penyakit mistik akibat perbuatan sihir.


Adik ketiga saya lelaki dan baru menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia bekas pelajar sekolah berasrama penuh. Adik keempat pula perempuan dan mendapat keputusan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Dia sanggup menolak tawaran ke sekolah berasrama penuh demi menjaga dua lagi adik kami yang masih kecil, lelaki berusia 12 tahun dan perempuan berusia sembilan tahun. Saya selaku anak kedua harus memikul beban ini selepas kakak berkahwin.

Saya sedar saya harus kuat demi adik dan kakak saya. Masalahnya, saya sendiri hilang arah dan sangat tertekan dengan apa yang berlaku.

Saya malu dan cemburu dengan kebahagiaan keluarga lain, sedangkan kami adik-beradik menangis dan merintih dengan nasib kami. Kami malu sangat-sangat.

YUEZA
Banting, Selangor

JAWAPAN


Masalah saudari memang berat, namun sebagai orang Islam kita perlu reda dengan qada’ dan qadar Allah. Biar seberat manapun kesusahan yang melanda, kita perlu tabah, tidak hilang pertimbangan dan berusaha mendidik diri dengan melihat apa yang berlaku daripada perspektif berbeza.

Bagi Dang Setia, masalah dicetuskan ibu saudari adalah ujian kepada saudari dan juga anggota keluarga yang lain. Jangan terus marah atau kecewa, sebaliknya yakinlah ada sebab atau tujuannya kenapa Allah mentakdirkan semua itu berlaku.

Jika direnung situasi keluarga saudari, Allah mengurniakan kelebihan dengan anak yang bijak pandai dan status kewangan yang pastinya kukuh kerana saudari tidak membangkitkan hal ini.

Ada keluarga diuji Allah dengan masalah kewangan hingga ada yang sampai ke tahap daif. Selain itu, ramai ibu bapa pening kepala kerana anak mereka tidak bijak dalam pelajaran, sekali gus mereka gagal memiliki kerjaya bagus.

Bagaimanapun, ini tidak berlaku dalam keluarga saudari. Kakak saudari arkitek, saudari kini di universiti dan dua adik saudari turut cemerlang dalam pelajaran dengan belajar di sekolah asrama penuh.

Allah itu Maha Kaya, diberi kita kelebihan dan diberi juga kita kekurangan. Tujuan-Nya untuk melihat adakah kita sabar menghadapi ujian itu dan adakah kita bersyukur dengan nikmat diberi sebelum ini.

Dalam kes keluarga saudari, selepas diberi nikmat kewangan yang stabil dan anggota keluarga yang bijak pandai, selain pelbagai nikmat lain termasuk tubuh badan sihat serta sempurna, kini Allah menghadirkan pula ujian-Nya.

Mesejnya di sini, kita tidak boleh mengatakan Allah kejam atau tidak adil apabila musibah menimpa kita kerana sebelum ini banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Berbekalkan kesedaran itu, Dang Setia berharap adik turut menginsafi betapa tiada manusia yang sempurna. Biarpun berstatus ibu, tidak bermakna semua dilakukannya baik dan betul belaka. Hakikatnya, ada juga ibu yang tidak sempurna dan banyak melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, biar sebesar mana kesilapan atau kelemahan ibu bapa kita, itu bukan alasan untuk anak melawan, bersikap kasar atau menderhaka kepada mereka. Hubungan kita dengan ibu dan bapa tidak sama dengan rakan atau kekasih.

Dengan rakan, bila mereka buat salah kita boleh marah atau merajuk, tapi dengan ibu bapa, biarpun mereka melakukan kesalahan, kita tidak boleh bermusuhan dengan mereka, sebaliknya berlemah lembut dan berhemah dalam membuat teguran.

Biar seteruk mana perangai ibu dan bapa, mereka tetap ibu bapa saudari di dunia dan akhirat. Jangan sekali-kali bersikap kurang ajar atau derhaka kepada mereka. Biarpun mereka bersikap buruk kepada saudari, saudari tidak boleh bersikap buruk kepada mereka.

Itu ketahanan dalaman yang perlu ada pada saudari untuk menghadapi kemelut yang berlaku, persoalannya bagaimana untuk saudari mengubah sikap ibu bapa saudari? Tugas ini sukar kerana sebagai anak, kemampuan yang ada pada saudari terbatas.

Tambahan pula, dalam hal ingin mengubah sikap orang lain. Sesungguhnya, hanya empunya diri yang mampu menentukan sikapnya dan peranan orang lain amat terbatas. Bagaimanapun, usaha tetap perlu dilakukan.

Satu daripadanya ialah mendapatkan bantuan anggota keluarga lain yang lebih senior seperti datuk, nenek atau bapa serta ibu saudara.

Kongsi masalah saudari dengan mereka kerana saudari tidak mampu menghadapi bebanan ini sendirian. Mudah-mudahan seorang daripada individu berkenaan mampu menasihatkan ibu dan bapa saudari supaya lebih prihatin kepada nasib anak mereka.

Selain itu, jangan sekali-kali lupa kepada satu senjata mukmin yang paling ampuh iaitu doa. Pada ketika semua insan lain di dunia tidak boleh membantu saudari, saudari masih belum bersendirian kerana Allah ada bersama saudari.

Yakinlah, Allah pasti akan membantu setiap insan yang mencari keredaan-Nya. Allah juga teramat suka orang memohon dan meminta pertolongan daripada-Nya. Tambahan pula sebagai anak, doa saudari untuk ibu antara paling mudah diperkenankan Allah.

Lagipun dalam kes saudari, hanya Allah mampu memberi hidayah dan menyedarkan ibu saudari di atas kesilapan dilakukannya.

Akhir sekali, di sebalik kesukaran yang dihadapi, jangan lupa bersyukur kerana Allah ‘melihat’ saudari. Biarpun ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mereka, saudari diberi hidayah Allah supaya tidak turut terpesong seperti ibu saudari. Oleh itu, hargai perhatian Allah itu.

Mungkin selama ini saudari terleka dengan nikmat dikurniakan Allah hingga saudari tanpa disedari berada jauh dari Maha Esa. Sudah lama saudari tidak ‘berhubung’ dengan Allah dan dekat kepadanya.

Namun, Allah sayangkan saudari. Mungkin Dia mahu saudari kembali kepada-Nya, bukan sekadar berdoa tapi merintih dan merayu memohon pertolongan-Nya.

Jadi, lakukanlah tindakan itu kerana mungkin itulah mesej tersirat daripada Allah di sebalik ujian-Nya ini.
 
Sponsored Post

fanlee

Legendary Member
Joined
Jul 31, 2008
Messages
14,022
Reaction score
12
Points
115
gilos makcik nie sanggap dah kepala masuk air
 

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
adoila.. culture shock ka??? ...
 

hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
otak cerdik tp hati gelap...


dpt bygkan mcm mn ibu bapa famili dorg ni cuma pentingkan pelajaran dan material shj tanpa terapan nilai rohani...


nasib baik anak tu x terikut perangai maknya...
 

lutttfi

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 26, 2007
Messages
7,423
Reaction score
58
Points
70
aloso..
ko nak tlg ape kat mak jande tue~
 

little_lily

Legendary Member
Joined
Jun 23, 2008
Messages
14,859
Reaction score
101
Points
123
tolonglah mereka dang alonso :)):))

jawapan : adik yueza kener dating dgn dang alonso :)):))
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Dia takda sedara mara laen k tuk minta pertolongan??kalo ada mak sedara ka pi cuba mintak nsihat!!
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,140
Reaction score
76
Points
1,020
mok cik masih cun kot ... sebab ramai kumbang muda nak :p

nak kiamat da ...~X(
 
Sponsored Post
Top
Log in Register