BTC USD 33,910.6 Gold USD 1,784.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hospital Taiping Cari Waris Mayat Tidak Di Tuntut

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,607
Reaction score
3,997
Points
236
30.04.2021 - Taiping, Hospital Taiping (HTPG) sedang mencari waris seorang lelaki yang mayatnya tidak dituntut di Unit Perubatan Forensik hospital itu sejak hampir dua minggu lalu. Pengarah HTPG Dr Narimah Yusof berkata Lim Kwee Choon, 61, meninggal dunia di hospital berkenaan pada 3.03 pagi, 18 April lalu.

“Lelaki itu beralamat terakhir di Taman Aor Mesra, Taiping,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata waris mendiang boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam HTPG di talian 05-820 4000 / 4247 bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan tuntutan mayat.

Dalam kenyataan berasingan, Dr Narimah berkata HTPG turut meminta waris kepada Abdul Hakim Abdullah, 58, yang meninggal dunia pada 30 Mac lepas, agar tampil menuntut jenazah lelaki berkenaan.

Lelaki itu beralamat terakhir di BME 2, Jalan Batu Maung, 34700 Matang dan waris boleh menghubungi HTPG untuk maklumat lanjut dan urusan tuntutan mayat, katanya.

Screenshot-83.jpg

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1957430
 

CG Sponsors




Top
Log in Register