BTC USD 84,351.8 Gold USD 2,986.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Hospital swasta tahan mayat bayi dalam bilik mayat sehingga bapa jelaskan bil hospital

1733902803470.png

1733902821447.png

Panjang cite aihhh
 
Sponsored Post

Kerajaan Selangor kecam tindakan hospital swasta 'tahan' jasad bayi

Oleh Ruwaida Md Zain
A view of the sea
JENAZAH bayi lelaki tidak cukup sifat selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam di Klang. FOTO Facebook Mr Wan Cai Official
Shah Alam: Kerajaan negeri Selangor mengecam tindakan sebuah hospital swasta, yang menahan jenazah bayi lelaki selama dua minggu, hanya disebabkan ibu bapa arwah gagal menjelaskan bil hospital, lebih awal.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Anfaal Saari, berkata beliau akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes terbabit.

"Saya akan mendapatkan maklumat lanjut dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlebih dahulu.

"Keperluan lanjutan akan diberi bantuan (kepada keluarga bayi) selepas dikenal pasti (perincian kes). Saya akan menziarahi keluarga bayi berkenaan.

"Kita (kerajaan negeri) mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan itu dan akur dengan tindakan undang-undang jika disabit kesalahan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam media melaporkan, perkongsian Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) di Facebook sejak Isnin, mengenai pengurusan jenazah bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna, tular dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Pengasasnya berkongsi di FB Mr Wan Cai Official, memaklumkan pihaknya terpaksa menggunakan air panas bercampur air paip untuk memandikan jenazah bayi lelaki yang dinamakan Adham apabila mayatnya disimpan di peti sejuk mayat sebuah hospital swasta selama dua minggu.

Menurut hantaran itu, bayi berkenaan dilahirkan pada 24 November lalu dalam keadaan tidak sempurna iaitu tanpa sebelah mata dan hidung serta tiada lubang dubur, malah meninggal dunia beberapa minit selepas dilahirkan.

Seolah tiada perikemanusiaan, 'tahan' jasad bayi selagi bil hospital tidak dijelaskan

Disiarkan pada: December 11, 2024 @ 11:37am
 
6253777055527321998_121.jpg

Back
Top
Log in Register