maxpda
Legendary Member

- Messages
- 14,735
- Joined
- Jan 15, 2007
- Messages
- 14,735
- Reaction score
- 2,480
- Points
- 261
- Awards
- 1
Bang saman netizen buat apa...kenyataan dari hospital tu...saman la hospital..![]()
Tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman - Peguam bapa bayi 'ditahan' di hospital
Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Safwan Roshdy berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa pemilik akaun media sosial yang melemparkan fitnah terhadap anak guamnya termasuk dakwaan tidak berkahwin.
Beliau berkata, pihaknya sudah membuat semakan terhadap sijil perkahwinan anak guamnya itu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) yang kemudian mengesahkan kesahihan sijil berkenaan.
"Kami beri tiga jam (sehingga 12 tengah malam ini) untuk padamkan hantaran atau komen (fitnah).
"Jangan buat andaian jumud. Kami sudah kenal pasti (netizen) sama ada yang buat siaran langsung TikTok dan sebagainya," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kota Damansara di sini, malam ini.
Beliau berkata, tindakan saman sivil dan jenayah mungkin boleh diambil terhadap pihak hospital kerana kesalahan menyimpan jenazah bayi selama 16 hari disebabkan bapa tidak menjelaskan bil rawatan.
Sementara itu, Safwan, 22, mengakui kecewa apabila terdapat pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan termasuk tidak berkahwin, selain turut mencaci dan mengutuknya.
Pekerja kilang itu berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
'Setiap hari saya ke hospital minta nak uruskan jenazah anak, tapi tak dibenarkan'
KreditHarian Metro
ada duit ke nak pasang lawyer? pro bono?
masalah kewangan semua org faham..buka buku pink dan buat pemeriksaan tak perlu bayaran pun rasanya..cuma kena korbankan sedikit masa la...Bapa bayi Adham akui masalah kewangan punca tidak bawa isteri ke klinik kesihatan
Safwan Roshdy mengakui kekhilafan diri kerana tidak membawa isteri melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan.
SHAH ALAM - Bapa kepada bayi lelaki, Muhammad Adham Mikail yang mayatnya dibekukan oleh sebuah hospital swasta mengakui kekhilafan diri kerana tidak membawa isteri melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan.
Safwan Roshdy memberitahu dia mempunyai alasan sendiri dan menyifatkan orang ramai tidak boleh terus menghukum dia dan isteri berikutan tidak mengetahui masalah kewangan dialami dia dan isteri.
"Terus terang saya katakan waktu itu saya mengalami masalah kewangan. Memang agak susah.
"Tetapi saya berusaha dengan sentiasa memantau usia kandungan melalui aplikasi di telefon pintar. Memang saya tak pernah cuai pantau keadaan isteri dan anak walaupun hanya menggunakan aplikasi.
"Saya mengaku memang sedih, terutama isteri yang sangat kecewa dengan tuduhan pihak hospital dan komen orang ramai di media sosial tanpa usul periksa," katanya.
Safwan yang merupakan pekerja kilang berkata, tiada siapa yang tahu kesukaran hidup dialaminya dan isteri termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan dan dia sedaya upaya berusaha menyelesaikannya sendiri.
Dalam pada itu, Safwan meluahkan rasa terkilan dengan dakwaan dia dan isteri tidak berkahwin.
"Memang sedih dan saya mengaku sedikit tertekan dengan apa yang orang luar katakan, tetapi saya jadi lebih sedih anak saya turut menerima kecaman. Sedangkan dia begitu sempurna di mata kami.
"Lebih melampau ada yang berkata anak kami itu anak luar nikah. Apa perasaan saya dan isteri?” soalnya.
Safwan juga menegaskan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, perkongsian kisah daripada Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai berkenaan jenazah bayi istimewa yang terpaksa menunggu dua minggu untuk dikebumikan tular di media sosial.
Jasad Muhammad Adham Mikail yang meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan terpaksa 'disimpan oleh sebuah hospital swasta susulan si bapa tidak mampu untuk membayar bil hospital berjumlah RM3,600. - Awani
dalam apps tunjuk apa je..ada detail scan ke..ada check gula ke..mana ada bro..
jangan jadi bodo..