BTC USD 19,857.8 Gold USD 1,709.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hospital Sungai Buloh tarik balik memo larangan guna khidmat penghantaran makanan

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
10,736
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
10,736
Reaction score
1,526
Points
191
Kuala Lumpur: Hospital Sungai Buloh menarik balik memo larangan menggunakan khidmat penghantaran makanan secara dalam talian untuk kakitangan dan pesakit hospital itu.

Pengarahnya Dr Kuldip Kaur Prem Singh yang mengumumkan perkara itu berkata, penarikan balik memo dalaman mengenai larangan itu berkuat kuasa serta-merta.

Justeru, beliau berkata, pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh akan kekal komited dan prihatin dengan keperluan, kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di fasilitinya.

"Pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh ingin memaklumkan dengan lebih lanjut berkenaan memo dalaman hospital ini bertajuk larangan menggunakan khidmat penghantaran makanan secara dalam talian untuk kakitangan dan pesakit di Hospital Sungai Buloh bertarikh 9 Ogos 2022 (kelmarin) yang tular di media sosial sejak 10 Ogos 2022 (semalam).


"Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh dengan ini menarik balik semua larangan yang ditetapkan dalam memo bertarikh 9 Ogos 2022 berkenaan, berkuat kuasa serta-merta.

"Terima kasih diucapkan atas segala maklum balas dan pandangan dikemukakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu respons terhadap surat pekeliling yang tular di media sosial sehingga kumpulan pembela hak pekerja perubatan iaitu Gerakan Hartal Doktor Kontrak tampil membantah larangan itu.

Gerakan itu menyifatkan tindakan sedemikian tidak sensitif terhadap kakitangan yang mungkin berdepan kesukaran untuk mendapatkan makanan di kawasan hospital.

Menerusi perkongsiannya itu memaparkan gambar pekeliling bertarikh 9 Ogos 2022 dan yang dikeluarkan Pengarah hospital, Dr Kuldip Kaur Prem Singh.

Dimaklumkan, pekeliling itu dikeluarkan berdasarkan keputusan dicapai semasa mesyuarat dengan semua ketua jabatan pada 26 Julai lalu.

Dalam pekeliling itu menggariskan sebab larangan itu dibuat berikutan terdapat laporan dan aduan peningkatan kuantiti sisa makanan serta sampah sarap tidak terurus selain mencetuskan gangguan makhluk perosak sehingga menjejaskan kebersihan dalam wad.
 
Top
Log in Register