BTC USD 49,132.5 Gold USD 1,784.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hospital nafi enam doktor, kakitangan jual bayi

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KLANG 18 Dis. - Setelah nama Hospital Metro Maternity di Jalan Pasar di sini dikaitkan dengan kes sindiket penjualan bayi yang ditumpas polis baru-baru ini, hospital itu hari ini tampil memberi penjelasan dan menafikan doktor dan kakitangannya terlibat dalam kes itu.

Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan hospital itu, Dr. Tee Swi Peng berkata, siasatan yang dilakukan pihaknya selepas nama hospital itu tersiar dalam akhbar tempatan baru-baru ini menunjukkan enam doktor dan kakitangannya tidak terlibat dalam kes itu.

"Pihak hospital memang menerima ramai pesakit yang ingin bersalin di hospital ini sama ada rakyat tempatan atau asing tetapi kami tidak tahu bayi yang dilahirkan di hospital kami adalah untuk dijual atau sebaliknya malah wanita yang disebut sebagai ”auntie” itu pun kami tidak pernah nampak di hospital kami,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, faktor kos bersalin yang agak murah dan rawatan terbaru iaitu kaedah IVF (In Vitro Fertilization) yang dilakukan hospital itu mungkin menjadi pilihan orang awam namun tidak bermakna hospital terbabit terlibat dalam kes sedemikian.

Ketika ditanya mungkin ada di kalangan doktor separuh masa di hospital itu yang terlibat, Dr Tee berkata pihaknya sedang menyiasat. - Bernama
 

CG Sponsors




Top
Log in Register