BTC USD 47,155.9 Gold USD 1,753.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hospital Bukit Mertajam Jadi Hospital Hibrid Covid-19

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
25.7.2021 - Kuala Lumpur, Hospital Bukit Mertajam (HBM) ditukar menjadi Hospital Hibrid COVID-19 dan telah mengambil pesakit COVID-19 pertamanya pagi ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan Facebook rasminya berkata memandangkan berlaku peningkatan jumlah kes COVID-19 di Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bertindak pantas dengan menukar fungsi HBM setelah enam hari melakukan rancangan dan persiapan rapi bagi menempatkan pesakit COVID-19 di hospital tersebut.

"Terdapat 72 katil dengan paip oksigen di hospital itu, yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19, malah ia boleh dikembangkan hingga ke 120 katil apabila permintaan meningkat. HBM juga dapat menerima pesakit hemodialisis yang dijangkiti COVID-19 kerana semua wad dilengkapi dengan kemudahan hemodialisis di katil pesakit," katanya.

Menurutnya lagi, semua perkhidmatan kepakaran di HBM akan tetap diberikan meskipun kapasiti bagi pembedahan, obstetrik dan ginekologi serta pediatrik akan dikurangkan.

"Pesakit bukan COVID-19 pula akan dipindahkan ke hospital lain seperti di Hospital Kluster Seberang Perai sekiranya diperlukan,” katanya.​

1627199940565.png
 

CG Sponsors




Top
Log in Register