BTC USD 54,293.4 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hormati konsep ketuanan Melayu

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan bahawa masyarakat di negara ini perlu menghormati konsep ketuanan Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas beliau, dari sudut bahasa, konsep ketuanan Melayu merujuk kepada kuasa raja-raja Melayu yang memerintah negara ini sebelum wujudnya negara Malaysia moden.

"Penulisan yang mempertahankan kedudukan ketuanan Melayu adalah betul, tapi jangan ada pihak yang hendak ubah kepada Malay supremacy', konsep itu tidak wujud.

''Maaf, tiada perkataan atau ayat dalam bahasa Malaysia yang boleh menjelaskan Malay supremacy, ia tiada dalam Perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataannya berkenaan akhbar ini yang didakwanya menyampaikan berita-berita berunsur perkauman.

Portal berita propembangkang The Malaysian Insider dalam laporannya semalam mendakwa, Mohamed Nazri menasihatkan Utusan Malaysia supaya menghentikan agenda serta propaganda berunsur perkauman.

Hari ini Mohamed Nazri menafikan beliau hanya menegur Utusan Malaysia berkenaan isu perkauman, sebaliknya peringatan supaya menjaga sensitiviti kaum itu ditujukan kepada semua pengamal media di negara ini.

"Saya tidak kata Utusan Malaysia sahaja, tiada apa-apa agenda untuk menjatuhkan kredibiliti Utusan Malaysia, saya maksudkan semua media termasuk akhbar Cina dan India," tegasnya.
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
respect jangan tak respect..kuang2
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register