Honor MagicBook Pro 2020 - Hadir Dengan Komponen Serba Baru

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Honor mungkin sebuah jenama yang dikenali untuk peranti-peranti pintar mereka, tetapi mereka juga telah melancarkan siri komputer riba yang dinamakan Honor MagicBook yang padat dan berguna untuk tujuan produktiviti rumah dan pejabat.

Terkini, Honor telah memperlihatkan model terbaru komputer riba tersebut yang dinamakan Honor MagicBook Pro yang hadir dengan rekaan yang dikemaskini dan juga komponen-komponen serba baru.

Honor MagicBook Pro mempunyai paparan bersaiz 16.1 inci dengan resolusi Full HD dan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i7 ataupun i5 generasi kesepuluh, memori DDR4 sebanyak 16GB dan juga storan SSD sebesar 512GB.

Ia juga dimuatkan dengan cip grafik NVIDIA GeForce MX350 yang hadir dengan memori GDDR5 sebanyak 2GB yang boleh menggerakkan beberapa permainan komputer pada tetapan rendah ataupun pertengahan.

Dari segi rekaan, MagicBook Pro ini mempunyai paparan berbingkai nipis dimana nisbah paparan ke badan adalah setinggi 90 peratus. Rangka komputer riba ini diperbuat daripada logam aluminium yang lebih premium daripada model sebelum ini. Bersama-sama bateri 56Wh, MagicBook Pro ini juga dikatakan hadir dengan jangkahayat bateri selama 14 jam dengan satu pengecasan penuh.

HONOR-MagicBook-Pro-2020-1.jpg


Sumber asal https://www.gizchina.com/2020/05/18/honor-magicbook-pro-2020-announced-with-premium-hardware
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Honor Kemaskini Komputer Riba MagicBook Pro Dengan CPU AMD Ryzen 4000

Pada pertengahan tahun ini, Honor telah memperkenalkan komputer riba nipis dang ringan mereka, iaitu Honor MagicBook Pro yang hadir dengan rekaan nipis dan ringan, bersama-sama dengan komponen CPU Intel generasi terbaru pada masa itu.

Baru-baru ini, di acara IFA 2020, Honor telah memperkenalkan sebuah lagi model MagicBook Pro yang menggunakan cip pemprosesan daripada pihak AMD pula. Sama seperti Magicbook Pro sebelum ini, ia dilengkapi dengan paparan berbingkai nipis bersaiz 16 inci dengan resolusi Full HD dan menyokong gamut warna sRGB 100 peratus.

Ia dikuasakan CPU AMD Ryzen 7 4800U, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD PCIe sebesar 512GB dan menggunakan cip pemprosesan grafik AMD Radeon terbina.

Dari segi I/O pula ia dilengkapi tiga palam USB 3.2 Type-A, satu palam USB Type-C, satu palam HDMI 2.0 dan satu palam audio 3.5mm. Sama seperti Honor MagicBook sebelum ini, ia mempunyai kamera pop-naik yang boleh ditekan daripada bahagian papan kekunci.

Buat masa ini, Honor MagicBook Pro yang dikuasakan AMD akan tiba untuk beberapa pasaran terpilih untuk harga 899 Euro (~RM4500). Buat masa ini, kehadiran untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi.

Sumber asal https://www.windowscentral.com/honor-announce-magicbook-pro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register