BTC USD 56,758.6 Gold USD 1,774.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Honor MagicBook 15 Di Malaysia Pada Harga RM3699

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Setelah sekian lama menyepi, Honor Malaysia kini membuat kemunculan semula dengan melancarkan komputer riba baharu buat pengguna di Malaysia. Dikenali sebagai Honor MagicBook 15, ia hadir dengan rekaan yang ringan dan kompak di samping penawaran pengalaman penggunaan yang lebih baik.

HONOR-001-950x497.jpeg

Bagi yang berminat, Honor MagicBook 15 ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,699 untuk sebuah. Sesi pra-tempahan kini dibuka sehingga 12 Mei 2021 menerusi laman Lazada. Lebih menariknya, setiap pembelian disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM300 – yang terdiri dengan beg galas komputer riba, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR.

Honor-002-950x957.jpg

Untuk spesifikasi khusus, Honor MagicBook 15 hadir dengan paparan berukuran 15.6-inci dengan resolusi 1920X1080 piksel dan berat sekitar 1.56kg. Ia dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i5 Generasi ke-11, cip grafik Intel Iris Xe, memori 16GB RAM DDR4, dalaman 512GB PCIe NVMe SSD dan bateri 42WH. Spesifikasi lain termasuklah – perisian Windows 10 Home, sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1 dan banyak lagi.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Honor MagicBook 15 AMD Kini Boleh Di Pra-tempah pada Harga RM2499

Komputer riba Honor MagicBook 15 AMD kini sudah boleh dipratempah di Malaysia pada harga promosi RM2499 sebuah yang merupakan pengurangan RM200 dari harga jualan asal RM2699. Di Malaysia hanya model ini dalam warna Mystic Silver ditawarkan.

Komputer riba hadir dengan skrin 15.6″ FHD, dijana cip AMD Ryzen 5 5500U, grafik AMD Radeon, memori 8GB RAM, storan 256GB SSD dan bateri 56Wh. Bateri menyokong pengecasan pantas menerusi pengecas 65W. Ia adalah sama seperti model MagicBook 15 sebelum ini cuba dengan CPU Intel digantikan dengan CPU AMD. Oleh itu ia masih mempunyai tubuh dengan ketebalan 16.9mm dan juga seberat 1.54 kilogram sahaja.

Komputer riba boleh digunakan bersama telefon pintar Honor menerusi ciri kolaborasi multi-skrin secara terbina. Sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada butang kuasa bersama dengan kamera web yang disorokkan dalam papan kekunci. Pilihan IO pula ialah USB-C, USB 3.2 Gen1, USB 2.0, HDMI, dan bicu audio 3.5mm.​
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register