Honor MagicBook 14 Dengan Ryzen 5 & Win10 - Berharga RM2499

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,694
Points
236
Honor Malaysia hari ini telah mengumukkan pra-tempahan untuk komputer riba terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Honor MagicBook 4. Pengguna boleh pra-tempahnya bermula esok, 7 Julai pada harga RM2499.

Honor MagicBook 14 ini hadir dengan skrin 14-inci IPS dengan resolusi 1980×1080 pixel, dijana cip AMD Ryzen 5 3500U, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Honor turut mengatakan ia menawarkan penggunaan bateri “sepanjang hari” dan dilengkapi pengecas USB-C 65W bersama dengannya.

Seperti kebanyakkan komputer riba, Honor MagicBook 14 ini turut hadir dengan sistem operasi berasaskan Windows 10.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan untuk komputer riba ini bermula esok pada harga RM2499. Menariknya, bagi anda yang pra-tempah, turut berpeluang mendapatkan beberapa ganjaran tambahan seperti jam Honor MagicWatch, Honor PVC Laptop Pouch, Honor Backpack, dan juga tetikus Bluetooth.

honor-magicbook-14-950x950.jpg
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,694
Points
236
Honor MagicBook 14 Di Kemaskini - Spesifikasi Tambahan Untuk Harga RM2999

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Honor telah menjual komputer riba Honor MagicBook 14 mereka yang dikuasakan APU AMD Ryzen 5 3500U mereka tidak lama lagi, dengan konfigurasi memori 8GB dan storan SSD 256GB untuk harga RM2499.

Terkini, Honor Malaysia dilihat memperkenalkan konfigurasi baru untuk MagicBook 14 tersebut yang mempunyai penaiktarafan memori kepada 16GB dan storan SSD setinggi 512GB di laman web mereka.

Penaiktarafan spesifikasi dalaman ini juga tiba dengan penambahan dari segi harga, dimana Honor Malaysia akan menjualnya pada harga RM2999.

Sama seperti model yang diperkenalkan sebelum ini, ia juga akan tiba dalam pilihan warna Mystic Silver dan Space Grey pada 24 Julai kelak melalui laman web HiHonor, Lazada dan Shopee.

Honor-MagicBook-14-Update-950x402.jpg


Sumber rujukan https://www.hihonor.com/my/product/honor-magicbook-14
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,694
Points
236
Honor MagicBook 14 - 8GB RAM & 256GB Storan Kini Berharga RM2299

Honor MagicBook 14 telah ditawarkan di Malaysia sejak bulan Julai lepas. Ketika pengenalannya, ia ditawarkan pada harga RM2499. Kini, selang tiga bulan, Honor Malaysia telah pun mengemaskini harga jualan komputer riba berkenaan.

Honor MagicBook 14 dilengkapi skrin 14-inci IPS, dijana cip AMD Ryzen 5 3500U, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia turut dilengkapi dengan sistem operasi berasaskan Windows 10, selain pengecasan pantas berasaskan USB-C 65W.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan komputer riba terbaru Honor ini, boleh menyemak saluran rasmi jualan mereka, termasuk di Shopee dan Lazada.

HONOR-MagicBook-14-New-Price-Alert-950x497.jpg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register