Honor 9X Pada Harga Ini, Percuma Barang Ini

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,335
Reaction score
2,111
Points
226
Honor memperkenalkan siri terbaru Honor 9X yang mempunyai cip pemproses Kirin 810

Berskrin 6.59-inci IPS LCD resolusi 1080 x 2340 piksel. Siri ini juga menggunakan skrin dengan paparan penuh tanpa takuk dan mempunyai kamera bermotor pop-naik 16MP f/2.2.

Untuk bahagian penggunaan, ia mempunyai bateri sebesar 4000mAh dan pengimbas cap jari dibahagian tepi. Akan tetapi, kedua-duanya tiada pengecasan pantas dan mempunyai port USB-C 10W sahaja.

Selain itu, Honor 9X ditawarkan dengan pilihan sehingga 6GB RAM dan storan 128GB.

Akan mula dijual pada 28 November ini, 9X berharga RM999.

Pembeli yang mula melakukan pra tempahan pada 22 November pula akan menerima Honor Band 5 Sport secara percuma sah sehingga 27 November.





Sumber asal https://www.stuff.tv/my/hot-stuff/smartphones/honor-9x-launches-in-malaysia-google-apps-in-tow
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,335
Reaction score
2,111
Points
226
Honor 9X Malaysia, Xiaomi Mi Note 10, Grab Runcit

Minggu ini menyaksikan pihak Honor Malaysia melancarkan Honor 9X secara rasmi untuk pasaran tempatan, sekaligus menawarkan peranti yang dilengkapi sokongan GMS ini pada harga RM999 di Malaysia.

Selain itu, Xiaomi kini telah mengacah kehadiran Mi Note 10 untuk pasaran tempatan, sekaligus memperlihatkan mereka akan melancarkan telefon dengan 108MP untuk pasaran Malaysia pada awal Disember 2019 ini.

Untuk peminat jam tangan pintar, di Malaysia Garmin telah melancarkan sejumlah penawaran mereka pada harga bermula RM1250. Acer turut tidak ketinggalan dan telah mula menawarkan komputer riba dengan Intel Core Gen-10 untuk pasaran tempatan.

Bagi peminat kamera, Nikon Z50 telah mula ditawarkan pada harga bermula RM4598 di Malaysia.

YouTube tidak ketinggalan pada minggu ini dan telah mula menawarkan YouTube Music dan YouTube Premium untuk pakej pelajar pada harga serendah RM6.90.

Akhir sekali, Grab kini telah mula menawarkan perkhidmatan runcit melalui Grab Mart, terhad di beberapa kawasan buat masa ini.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,335
Reaction score
2,111
Points
226
Honor 9X - Fungsi Menarik Bawah RM1000

Baru sahaja dilancarkan di Malaysia, HONOR 9X menawarkan spesifikasi kelas pertengahan dengan fungsi-fungsi yang menarik bawah RM1,000. Secara keseluruhannya, ia membawakan pengalaman fotografi yang bagus, skrin yang besar, serta rekaan dan prestasi peranti yang baik. Dengan harga yang dijual bawah RM1,000, HONOR 9X merupakan antara peranti yang patut anda masukkan dalam senarai ‘wishlist’. Jadi, terdapat beberapa fungsi menarik mengenai peranti ini yang patut diketahui sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Skrin luas tiada takuk
HONOR 9X didatangkan dengan skrin besar bersaiz 6.59 inci LCD beresolusi FullHD+. Jika anda gemar menonton video dan bermain permainan, ini merupakan antara skrin besar yang anda boleh dapatkan untuk peranti pintar. Ia juga tidak mempunyai takuk yang mengganggu pengalaman menggunakan skrin. Dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 91%, ia merupakan antara skrin paling luas untuk tatapan mata. Rekaan dagu peranti pula bersaiz kecil yang setanding dengan penawaran peranti pada harga yang lebih premium.

Storan besar dengan sokongan kad MicroSD
Dengan storan sebesar 128GB, anda pasti tidak mempunyai masalah untuk memuatkan puluhan malah ratusan aplikasi serta permainan menggunakan peranti ini. Pengguna di Malaysia bernasib baik kerana HONOR 9X versi tempatan hanya menawarkan pilihan storan terbesar 128GB. Di China, storan dalaman hanya bermula pada 64GB sahaja. Jika storan dalaman tidak mencukupi, peranti ini juga menyokong penggunaan kad mikroSD sehingga 512GB jadi anda boleh menambah lagi bilangan kandungan multimedia termasuklah gambar, video dan juga muzik. Dengan ini, anda tidak lagi risau dengan muatan digital anda yang banyak ke dalam peranti ini.

3 kamera dengan 48MP utama
Dengan populariti trend meletakkan kamera dengan saiz MP tinggi dalam kamera utama, HONOR juga tidak terkecuali. Untuk HONOR 9X, ia mempunyai kamera utama bersaiz 48MP yang setara dengan penawaran peranti popular lain pada harga yang rendah. Menggunakan kamera utama 48MP tersebut, gambar akan lebih tajam dengan perincian yang tinggi walaupun sudah dizum. Terdapat juga pilihan lensa ultralebar 8MP yang boleh memuatkan objek dengan lebih banyak lagi tanpa perlu bergerak ke belakang. Lensa yang ketiga adalah 2MP depth yang membantu ketika menangkap gambar potret untuk pemisahan subjek dengan latar belakang. Disebabkan tiada takuk, kamera swafoto 16MP dimuatkan dalam badan peranti dan akan muncul melalui mekanisme terangkat. Menggunakan bantuan AI yang terbina dalam perisian kamera, ia akan memastikan warna gambar lebih ceria dan cantik untuk diperlihat.

Bateri 4,000mAh untuk penggunaan sepanjang hari
Penggunaan peranti dengan hayat bateri yang lama merupakan antara faktor utama dalam pembelian peranti pintar. Untuk itu, HONOR 9X menawarkan bateri berkapasiti besar 4,000mAh untuk operasi peranti pintar dalam jangka masa panjang. Ia walau bagaimanapun tidak menyokong mana-mana pengecasan pantas jadi pengecasan penuh sehingga 100% akan mengambil masa sekitar 2 jam sahaja. Bateri yang besar ini akan memastikan ketahanan bateri peranti sepanjang hari adalah pada tahap yang memuaskan.

Sokongan Google Mobile Service
Jika anda skeptikal dengan sokongan servis dan aplikasi Google, anda tidak perlu risau kerana HONOR 9X ada sokongan Google Mobile Services secara rasmi. Dengan sokongan GMS tersebut, dijamin anda boleh menggunakan peranti tanpa gangguan perlu memasang aplikasi pihak ketiga ataupun terpaksa mencari alternatif aplikasi lain. HONOR 9X akan mula dijual bermula 28 November pada harga RM999 dan boleh didapati melalui laman rasmi HiHonor, Shopee dan kedai rasmi HONOR. Pada 29 November pula, ia akan dijual secara global juga dalam kedai atas talian dan pengedar rasmi di Malaysia. Dengan membeli HONOR 9X pada HiHonor, anda hanya perlu menambah RM0.99 sahaja untuk mendapatkan HONOR Sport Pro. Jika pembelian dilakukan melalui laman Shopee pula, anda berpeluang untuk mendapatkan satu kotak hadiah HONOR dan juga HONOR Band 5 Sport percuma.

Pada 28 November hingga 1 Disember pula anda boleh mendapat HONOR Sport Pro. Manakala dari 29 November hingga 1 Disember, hadiah yang sama boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi HONOR.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register