Honda tamatkan jualan kereta enjin diesel menjelang 2021

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,064
Reaction score
8,937
Points
2,226


Gambar Hiasan
BENGALURU: Honda Motor Co Ltd berkata ia akan menamatkan penjualan semua kereta enjin diesel menjelang 2021 bagi memberi laluan kepada model dilengkapi sistem pendorongan elektrik, ketika mana syarikat automotif Jepun itu berusaha mengelektrikkan kereta Eropah menjelang 2025.

Honda adalah syarikat automotif terkini mengurangkan pengeluaran kereta diesel bagi memenuhi peraturan pelepasan global yang ketat.

Rancangan itu adalah sebahagian daripada matlamat jangka panjang menjadikan kereta elektrik, termasuk semua kenderaan bateri-elektrik, menyumbang dua pertiga daripada pendapatan syarikat menjelang 2030 daripada kurang 10 peratus ketika ini.

Menjelang tahun depan, menurut sasaran pelepasan asap kenderaan Kesatuan Eropah, karbon dioksida (CO2) perlu dikurangkan kepada 95 gram bagi setiap kilometer ke atas 95 peratus kereta yang ada daripada purata 120.5 gram ketika ini.

Semua kereta baharu memasuki pasaran EU mesti patuh peraturan itu pada 2021.

Bagi Honda, penyusutan permintaan terhadap kenderaan diesel dan peraturan pelepasan ketat telah memalapkan prospek pembuatannya di Eropah.

Honda Februari lalu berkata, ia akan menutup satu-satunya kilang kereta British pada 2021 dengan anggaran kehilangan 3,500 pekerjaan.

Pengeluar kenderaan nombor tiga terbesar Jepun itu berkata ia akan mengurangkan bilangan varian model kereta kepada satu pertiga daripada penawaran semasa menjelang 2025, mengurangkan kos pengeluaran global sebanyak 10 peratus dan mengalihkan penjimatan itu ke arah penyelidikan dan pembangunan yang lebih maju. - Reuters


 
Sponsored Post

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,308
Reaction score
2,531
Points
191
bagus..

aku mmg nak kereta elektrik..

senyap, maintenance mahal kat bateri je..
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,313
Reaction score
135
Points
73
owh sni mmg x pnah nmpak honda diesel
 

lpsoldier007

CG Top Poster Club
Joined
Dec 22, 2010
Messages
24,717
Reaction score
487
Points
141
Kereta dkt Eropah mmg banyak pakai diesel.

Sebab diesel lg murah drp petrol.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
20,584
Reaction score
1,695
Points
201
Sponsored Post
Top
Log in Register