BTC USD 39,076.2 Gold USD 1,825.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Honda Sasar Sifar Kemalangan Maut Kereta & Motosikal

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,203
Reaction score
4,099
Points
236
Honda Sasar Sifar Kemalangan Maut Kereta & Motosikal Keluaran Mereka Menjelang 2050;

Semua syarikat pengeluar kenderaan utama yang ingin terus relevan di pasaran sudah mengeluarkan kenderaan elektrik sepenuhnya ataupun hibrid sejak lima tahun yang lalu. Honda hanya minggu lalu memperlihatkan Honda SUV e:prototype yang dijangka menjadi asas kepada Honda H-RV elektrik tahun hadapan.

Dengan ini mereka menyasarkan pula akan hanya menjual kenderaan elektrik menggunakan kuasa bateri atau sel kuasa hidrogen menjelang 2040. Sasaran mereka ini amat tinggi kerana ia merangkumi kereta, motosikal dan kenderaan komersial. Honda turut menyasarkan menjadi syarikat neutral karbon pada keseluruhan operasinya menjelang 2050.

Tetapi sasaran yang paling tinggi mereka ialah mengelakkan kematian akibat kemalangan yang melibatkan kereta dan motosikal keluaran mereka pada tahun 2050. Ini ingin dilakukan dengan menggunakan sistem bantuan pemanduan dan program pendidikan keselamatan jalan raya kepada pengguna. Untuk itu mereka sedia membelanjakan 5 trilion Yen (~RM190 bilion) dalam tempoh enam, tahun untuk penyelidikan dan pembangunan teknologi yang boleh merealisasikan impian ini.

Apa yang ingin dilakukan oleh Honda ini sebenarnya telahpun dilakukan Volvo sejak 2020. Kereta buatan mereka dapat mengelakkan kematian menerusi sistem beg udara, tali pinggang keledar, zon hentaman lebih baik dan mengehadkan kelajuan ke 180 km/j sahaja.

Honda-SUV-e-prototype-C-950x601.jpg.webp

Sumber Honda menerusi New Atlas
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,142
Reaction score
1,956
Points
201
Terbaik bdk h
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register