Honda City baharu dilancarkan, Harga bermula dari RM78300 - Honda Malaysia

CG Sponsors




Sponsored Post

magnesium

Legendary Member
Joined
Apr 18, 2010
Messages
10,544
Reaction score
308
Points
131
Antara vios facelift dan Honda city facelift....tunggu dan lihat yang mana laku lagi dan kenapa yg 1 laku dan yg 1 lagi kurang sikit di Malaysia. Wait n see.


sama je mcm sebelum ni

vios = tin kosong

so city yg lebih laku

face lift hanya make up sahaja
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,867
Reaction score
8,906
Points
2,226
Honda City 2017 diprebiu di Malaysia


Pada awal Januari lalu, Honda City 2017 telah pun dilancarkan di pasaran Thailand. Malahan pada 14 Februari lalu, model facelift ini turut dilancarkan di pasaran India. Walau pun sejak 1 Februari lalu, Honda Malaysia telah membuka tempahan bagi City generasi keempat (GM6) ini namun masih belum mengesahkan bilakah ia bakal dilancarkan secara rasmi

Petang ini, Honda Malaysia telah mempertontonkan City facelift ini untuk tatapan pihak media tempatan di Hotel Royale Chulan, Mutiara Damansara. Walau bagaimana pun, Honda Malaysia enggan mendedahkan tarikh pelancaran dan harga rasminya. Walau bagaimana pun, Honda Malaysia memaklumkan, daripada empat varian (Grade S, S+, E dan V) sebelumnya, City 2017 dikurangkan kepada tiga varian sahaja iaitu S, E dan V

Jika melihat pada perubahan yang dilakukan buat City facelift, ia dapat dilihat jelas pada sudut hadapannya, dengan menampilkan Solid Wing Face bersama bar krom baharu yang lebih tebal iaitu inspirasi daripada Civic baharu dan nampak menonjol pada gril hadapan ‘sarang lebah’ yang diperkemaskinikan bersama jaluran krom



Malah ia turut diapit dengan sepasang lampu utama baharu, menjadikan rupanya seakan Civic versi lebih kecil. Bukan itu sahaja, bampar hadapan turut dikemaskini dengan perumah lampu kabus yang lebih pendek serta gril bawah yang lebih lebar.

Kelebihan yang ada pada City gred V sebagai varian tertinggi pula, ia bakal menerima lampu hadapan LED bersama lampu nyalaan siang jalur LED bina dalam (built-in)serta lampu kabus LED baharu, spoiler pada but belakang ducktail dengan lampu brek ketiga LED bina dalam serta rekaan roda aloi dua-tona baharu

Bukan itu sahaja,Honda Malaysia telah mengumumkan, semua varian City facelift, termasuk varian paling rendah turut ditampilkan sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin. Malah difahamkan, ia juga akan menerima tempat duduk fabrik yang direka semula (dengan jaluran tengah ala Civic), kekemasan berwarna logam gelap dan pencahayaan dalaman/LED map seperti mana model yang dipasarkan di Thailand. Sementara varian V pula elemen tambahan iaitu kamera undur pelbagai-sudut

Manakala Sistem keselamatan dan elektronik lain seperti Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan juga Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) masih dikekalkan untuk semua varian. Enam-beg udara turut kekal sebagai ciri untuk varian V sahaja (hanya dua untuk varian lain)

Tiada perubahan mekanikal ditampilkan di mana City masih dijana enjin 1.5L SOHC i-VTEC berkuasa 120 PS pada takat 6,600 rpm dan tork maksima 145 Nm pada takat 4,600 rpm yang digandingkan dengan sistem transmisi CVT. City 2017 ini turut diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), dan Honda mendakwa, ia menawarkan penjimatan bahan api luar biasa.

Honda Malaysia juga akan menganjurkan siri jelajah bagi City 2017 ini di beberapa pusat membeli-belah iaitu The Curve (Petaling Jaya) pada 18 Feb ini, manakala pada 19 Feb pula di One Utama (Petaling Jaya) dan East Coast Mall (Kuantan) serta Gurney Plaza (Pulau Pinang) pada 23 hingga 26 Feb).

Bukan itu sahaja, ia juga akan turut dipamerkan menerusi trak bergerak di beberapa lokasi terpilih iaitu Seberang Jaya dan Icon City (kedua-duanya Pulau Pinang) pada 19 Feb, manakala di Ipoh (Green Town dan Yau Tet Shin) pada 20 Feb. Bagi Petaling Jaya pula, ia akan berada di sekitar bank di S2, PJ Uptown dan Seksyen 17 pada 21 Feb. Pada 22 Feb pula, ia akan berada di Public Bank, Seremban dan Dataran Pahlawan, Melaka. Kemudian bergerak ke Muar (Weltex Parade) dan AEON Big di Batu Pahat pada 23 Feb. Akhir sekali, ia akan berada di Bukit Indah, Perling dan Taman Sentosa, Johor Bahru pada 24 Feb

Sumber
 

console

Fun Poster
Joined
Nov 20, 2012
Messages
372
Reaction score
4
Points
15
Harga? VSA dan HSA dah ada pada semua variant ni...harga naik cket kot...kalo sblm ni E & V jer ada...
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,562
Reaction score
279
Points
131
Sekali pandang depan cam civic
 

sayasuka

Legendary Member
Joined
Oct 17, 2011
Messages
12,964
Reaction score
100
Points
123
semakin membesar.

civic, altis dah lebih 'besar'.

city pun nampaknya lebih besar juga
 

302

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2009
Messages
10,839
Reaction score
64
Points
125
grill depan macam misai wak doyok
 

ramos

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2009
Messages
6,889
Reaction score
210
Points
73
mcm lawa plak blkang die
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,867
Reaction score
8,906
Points
2,226
Ikuti lintas langsung pelancaran Honda City baharu bermula 11 pagi esok di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam menerusi platform Facebook BH Online
 
Sponsored Post
Top
Log in Register