Honda City baharu dilancarkan, Harga bermula dari RM78300 - Honda Malaysia

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226

KUALA LUMPUR: Model Honda City baharu yang dipertingkat dibuka untuk tempahan di semua 88 pengedar sah Honda di seluruh negara mulai semalam

Honda Malaysia, dalam satu kenyataan, menjelaskan City baharu adalah model kesinambungan atas kejayaan model generasi keempat yang telah membuktikan dirinya untuk menjadi peneraju segmen B dengan lebih daripada 100,000 unit dijual sejak dilancarkan pada bulan Mac 2014

Menurutnya, City baharu akan menjadi pilihan utama pengguna kerana model itu dilengkapi dengan ciri kelas terkemuka dan keselesaan ruang serta kecekapan bahan api dan reka bentuk moden

"City baharu akan mempunyai lebih banyak ciri nilai tambah yang sesuai dengan kehendak golongan muda dan mereka yang baru berkeluarga," menurut kenyataan itu

Dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC dengan teknologi Earth Dreams Technology Continuous Variable Transmission (CVT) untuk semua varian, model itu menyediakan imbangan yang sesuai untuk memacu prestasi dan kecekapan bahan api

City baharu juga dilengkapi dengan roda aloi dwi tona baharu. Varian V termasuk lampu LED dengan lampu LED siang (DRL) dan lampu kabus depan LED untuk memberikan penampilan luaran yang segar

Ruang simpanan belakang model itu juga besar dan memberikan keselesaan meletakkan barangan untuk perjalanan jauh seperti kereta sorong bayi atau beg golf

Semua varian City baharu mempunyai butang tekan menghidupkan enjin dan ciri keselamatan pintar untuk menyediakan kemudahan tambahan kepada pelanggan

City baharu akan terus menetapkan penanda aras dalam keselamatan segmen B dengan ciri-ciri seperti kestabilan kenderaan (VSA), Bantuan Mula Bukit (HSA) dan sistem kecemasan isyarat berhenti (ESS), yang datang sebagai standard di dalam semua varian

"VSA menstabilkan City baharu dengan mengurangkan pergerakan stereng ketika memandu dalam keadaan yang tidak dijangka atau semasa mengambil selekoh tajam, manakala HSA membantu untuk mengelakkan kenderaan daripada bergerak ke belakang apabila brek dilepaskan pada keadaan cerun

"ESS pula menjadikan lampu brek belakang dan lampu kecemasan berkelip secara automatik untuk memberi amaran kepada kereta berdekatan apabila kenderaan mengesan brek secara tiba-tiba

"Varian V premium juga didatangkan dengan enam beg udara," katanya

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau layari laman https://www.honda.com.my/

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/242656

SHAH ALAM: Honda Malaysia sebentar tadi melancarkan model baharu sedan segmen B terlarisnya, Honda City

City baharu akan mempunyai lebih banyak ciri nilai tambah yang sesuai dengan kehendak generasi muda dan mereka yang baru berkeluarga

Bagi Varian V harga ditawarkan ialah RM92,000; Varian E pula RM84,600 dan varian S RM78,300

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/254949
 
Last edited:
Sponsored Post

demimasa

Active+ Member
Joined
Jan 20, 2010
Messages
2,824
Reaction score
405
Points
41
Honda selalu keluar model baru. Toyota pulak asyik face lift je model lama.
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,246
Reaction score
511
Points
166
Honda selalu keluar model baru. Toyota pulak asyik face lift je model lama.
ini adalah honda city facelift, nak lawan toyota vios facelift yang dilancarkan 2 bulan lalu
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,019
Reaction score
66
Points
70
..ini bukan model baru...ini facelift..atau upgrade je..

...bila agaknya nak ada model baru..asik2 HONDA CITY / CIVIC / ACCORD
....TOYOTA VIOS / ALTIS / CAMRY
 

Skuter

Active Member
Joined
Dec 1, 2016
Messages
1,009
Reaction score
58
Points
30
Antara vios facelift dan Honda city facelift....tunggu dan lihat yang mana laku lagi dan kenapa yg 1 laku dan yg 1 lagi kurang sikit di Malaysia. Wait n see.
 

302

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2009
Messages
10,839
Reaction score
64
Points
125
makin x cun pulak design nye
 
Sponsored Post
Top
Log in Register