hoh!!!-Nizar Masih MB Yang Sah - KU LI

CG Sponsors




blink_182

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
9,786
Reaction score
21
Points
65
"Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.

sumber http://mutaligat.blogspot.com/2010/02/nizar-masih-mb-yang-sah-ku-li.html

p/-s...kuli sendiri yg ckp tu
 
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,256
Reaction score
516
Points
176
tapi kalau usul undi tak percaye tu dibuat agak2 nizar masih boleh bertahan ke? nampak macam lebey ramai adun yg menyokong bn skang ni
 

kawecool

Active Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
2,482
Reaction score
3
Points
25
buat jer la kalu dpt menyelesaikan kemelut yg sedia ada..apa nak takut!
 

zeal_tech

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Aug 23, 2008
Messages
7,888
Reaction score
11
Points
65
sbb bn takot le x nk buat....
x dak t3l0q....
kalu bn menang masa undi x percaya....
kan abes cite....
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
tapi kalau usul undi tak percaye tu dibuat agak2 nizar masih boleh bertahan ke? nampak macam lebey ramai adun yg menyokong bn skang ni
jgn lupa. speaker masih lagi si Sivakumar. hehehehe.

Jgn main2 sama itu speaker. Adakah Zambry ada kuasa menukar speaker? Sama2 kita nantikan episod seterusnya.... :))
 

ilham

Fun Poster
Joined
Jan 2, 2008
Messages
573
Reaction score
1
Points
15
Ir Nizar Ko tetap dihati kami...setiap yg berlaku tue ada hikmahnya..Kita Tunggu pilihanraya akan datang.....Pasti!!!!!!!!!Takbir!!!!!!
 

marlen

Legendary Member
Joined
May 27, 2008
Messages
16,925
Reaction score
31
Points
125
tgk muka zambry tu pun menyampah...
 

fareast262

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
4,010
Reaction score
7
Points
25
ala kuli ni pon bermasalah la...klu dah mahkamah putuskan sudah la...
g la wat kj masing2...tak payah nak bertekak...buat jerk kj sendri...dah p.haram xdpt perintah...tggu jelah PRU13 nnt..time will come...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register