Hobi Memanah Tradisional

Recommended Brokers


decent

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2008
Messages
310
Reaction score
0
Points
10
Assalamualaikum geng geng CG :D

Tumpang lalu untuk memperkenalkan riadah Memanah Tradisional. Semua orang tahu memanah tetapi riadah/sukan memanah tradisional mula berkembang di malaysia sejak 2007. Saya kongsikan sedikit info mengenai memanah tradisional.

Ciri- ciri Memanah Tradisional
1. Kaedah “speed loading and speed shooting” . Pemanah tradisional dilatih supaya dapat load dan menembak anak panah dengan pantas sekurang-kurangnya 10 anak panah dalam tempoh 20 saat. Malahan ada pemanah yang mampu lebih pantas dari itu.

http://www.youtube.com/watch?v=Lnv9Pr3AWSw&feature=share&list=UUVIT0SXPgDo0LtimeIzuIbA

2. Memanah secara instinctive. Penggunaan naluri dalam memanah. Ia amat penting terutama waktu peperangan di mana tiada masa untuk membidik anak panah.
3. Memanah pelbagi posisi dan sasaran. Pemanah tradisional juga dilatih memanah secara duduk. Memanah ke belakang, memanah sambil bergerak dan memanah target bergerak. Contoh spt video dibawah

http://www.youtube.com/watch?v=1yoq2hLVlQk

4. Tahap paling tinggi adalah memanah dari atas kuda @ Horseback archery. Banyak pertandingan horseback archery dianjurkan di dunia.

http://www.youtube.com/watch?v=ZQjfLBZ3v4o&list=UUyzAbnQbE8fb0zu4d6Ow5rQ&index=2


Peralatan
1. Pemanah tradisional secara asasnya menggunakan “bare bow” yang diperbuat daripada kayu, buluh, rotan, tanduk dll. Ada juga busur hybrid iaitu campuran bahan semulajadi dengan sedikit bahan moden seperti fiberglass.


2. Sejarah nusantara mencatatkan orang Melayu menggunakan busur yang diperbuat dari kayu nibong. Sekumpulan anak muda Malaysia telah cuba menzahirkan kembali bow dari kayu nibong.

3. Anak panah juga diperbuat daripada kayu, buluh dll. Mata anak panah dibuat dari besi yang dibentuk, tulang dll. Kini, pemanah tradisional juga ada menggunakan anak panah aluminium dan karbon yg lebih tahan lasak.

4. Pembuat bow tradisional terkemuka adalah Grozer, saluki, kaya .


Guru Memanah Tradisional di Malaysia


Sheikh Fuad Sheikh Mahmud merupakan wakil Malaysia di Pertandingan Memanah Antarabangsa terutamanya Horseback Archery. Di Malaysia beliau banyak menagjurkan kelas melalui program LEAP iaitu "Learn Archery to Play" kepada semua peringkat umur yang berminat.

Jika Ingin Belajar? Boleh klik ke link ini :-

Kuala Lumpur (kelolaan Sheikh Fuad sendiri)

web : www.pemanah.net
Fb : https://www.facebook.com/pages/Sunnah-Memanah/144079788974847?fref=ts

Kelas -kelas lain di Malaysia
Kedah : https://www.facebook.com/pages/Kelas-Memanah-Tradisional-Kedah/468455149892228
Perlis : http://simplebizcentre.blogspot.com/
Kota Damansara : https://www.facebook.com/pages/Al-Badar-Archery/498329723552362?fref=ts
Sungai Buloh : https://www.facebook.com/bow.and.arrow.msia
Sabah : https://www.facebook.com/Aufa.Wazien?fref=ts
Putrajaya :https://www.facebook.com/4Ahmadputra4?fref=ts
Sarawak : Encik Abg Audy (Vice President Kelab Pemanah Berkuda Merpati Jepang Sarawak)di talian 0138860195.
Bangi : https://www.facebook.com/isma.rabian.3?fref=ts
Johor Bahru : http://arramy.com/ hp: 019-2301630
Negeri Sembilan : https://www.facebook.com/ladang.alam.warisan

Beli peralatan memanah tradisional anda di link ini :-
https://www.facebook.com/pages/Peralatan-Memanah-Traditional/168463993239629

p/s: artikel ditulis sendiri oleh saya. Jika ada salah silap harap maafkan. Akan di update bersama gambar. Gambar xkeluar plak :-? :D:D
 
Last edited:
Sponsored Post

decent

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2008
Messages
310
Reaction score
0
Points
10
Rakan rakan CG di sekitar Sabah jika berminat menyertai kelas memanah tradisional rujuk banner di bawah.

 
Last edited:

decent

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2008
Messages
310
Reaction score
0
Points
10
JEMPUT HADIR BUAT WARGA CG DAN PEMANAH TRADISIONAL

Pertandingan Bulanan Memanah Tradisional

Yuran : PERCUMA

Lokasi : Google Coordinate --> 2.9626,101.678507

FORMAT PERTANDINGAN

Target Pertama : Jarak 60m pada paras lebih kurang 100cm dari tanah (kedudukan bawah target segi empat 90cm) Lontarkan 9 anak panah dalam masa 90 saat. 5 pusingan (9 x 5 = 45 panahan)

Target Kedua : jarak 60m - target 3 segi berukuran (80cm tinggi x 70cm lebar) pada paras 0cm dari tanah. 4 anak panah satu pusingan (setiap panahan dalam masa 20 saat) 3 pusingan

Sila bawa minuman/makanan masing-masing.. POTLUCK STYLE (as usual)..

Klik di bawah untuk pengesahan kehadiran anda: https://www.facebook.com/events/531950846865068/



 

decent

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2008
Messages
310
Reaction score
0
Points
10
Doakan kesejahteraan barisan pemanah kita yang membawa nama negara Malaysia ke persada antarabangsa dalam World Traditional Archery Festival yang akan diadakan di Turki pada 20-25 Jun 2013. Kontigen diketuai oleh guru Sheikh Fuad.
 

amuk293

Active+ Member
Joined
Jan 10, 2008
Messages
4,257
Reaction score
66
Points
30
mcm best jer....berapa harga panah ni tuan?ke kena buat sendiri?
 

decent

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2008
Messages
310
Reaction score
0
Points
10
mcm best jer....berapa harga panah ni tuan?ke kena buat sendiri?
Panah tradisional tuan boleh beli dr Syeikh Fuad di fb : peralatan memanah traditional. Harga dr murah smpi yg mahal. Utk beginner pun ada. :)
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,112
Reaction score
71
Points
1,020
mmg best ni ... teringin nak try
 
Sponsored Post
Top
Log in Register