- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KUALA LUMPUR - Kerjanya hanyalah sebagai penjual pisang goreng tetapi pendapatannya mencecah RM20,000 sebulan sehingga dia mampu menyogok penguat kuasa setiap kali gerai-gerainya yang mengaji pekerja asing diperiksa.
Dia yang dikatakan mempunyai lebih 10 buah gerai pisang goreng di sekitar ibu negara dengan purata setiap kedai mampu menjana pendapatan RM500 sehari.
Jadi setiap kali gerainya diperiksa, dia dikatakan mampu memberi wang rasuah lumayan kepada mana-mana penguat kuasa.
Lelaki itu dikatakan telah menjalankan kegiatan tersebut sejak awal tahun ini dan mempunyai hampir 15 pekerja lelaki dan wanita Indonesia.
Kesemua pekerjanya dibenar mendiami rumahnya di sini.
Bagaimanapun, kegiatan licik lelaki itu tidak ke mana apabila dia ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika mahu memberi sogokan kepada seorang anggota polis yang menyerbu rumahnya kelmarin.
Sebelum ditahan BPR juga telah melaku risikan dan intipan sejak beberapa bulan lalu.
Satu sumber berkata, sebaik pasti hasil risikan sahih, anggota BPR bersama polis telah membuat serbuan di rumahnya ketika dia sedang beristirehat antara pukul 11 dan 12 malam.
"Ketika diserbu, lelaki itu memberikan layan yang baik dengan harapan segala kesalahannya dapat ditutup seperti sebelum ini dengan menyogok anggota penguat kuasa.
Rasanya depa bukan buat intipan sejak beberapa bulan yang lalu tetapi dok makan saruah sejak beberapa bulan yang lalu tetiba mamat nie dah tak boleh nak kasi up jumlah bulanan baru depa serbu...
Kalau setakat nak intip berapa ramai indon dok dalam satu rumah seminggu dah cukup dah buat apa sampai beberapa bulan...tak lojik langsung...
:-?