BTC USD 53,916.2 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) HMD Bakal Lancar Produk 6 Oktober Ini, Mungkin Tablet Nokia

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,173
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,173
Reaction score
4,272
Points
236
Agak lama juga tidak dengar khabar daripada Nokia, kali terakhir adalah pelancaran peranti tahan lasak yang tidak perlukan 'casing' - Nokia XR20. Kini, HMD Global sah menjadualkan acara yang bakal berlangsung pada 6 Oktober 2021. Tiada maklumat peranti apa yang akan diperkenalkan. Namun, dipercayai ia adalah sebuah tablet yang mungkin dinamakan Nokia T20. Perkara ini dikuatkan lagi dengan gambar serta kapsyen yang dimuat naik di Twitter yang mana sebuah kotak agak besar di sebelah barisan telefon Nokia bersama ayat "our family keeps growing".

Tablet itu dilaporkan hadir dengan paparan 10.36 inci, 4GB RAM, storan dalaman 64GB serta mempunyai model WiFi dan juga sokongan 4G. Harganya dikatakan bermula £185 (~RM1060). Jika benar, Nokia akhirnya menghidupkan kembali tablet mereka. Tambahan lagi, Nokia G50 5G juga mungkin akan dilancarkan semasa hari tersebut. Dikhabarkan telefon ini dilengkapi Snapdragon 480 5G serta skrin sebesar 6.8 inci HD+ dan kamera utama 48MP.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan apa yang mahu diperlihatkan Nokia bulan hadapan.

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,173
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,173
Reaction score
4,272
Points
236
Nokia Sahkan Bakal Perkenal Tablet Pada 6 Oktober

Nokia telah sedia mengacah acara khas pada 6 Oktober 2021 kelak, dimana beberapa peranti baru dijangka diperkenalkan. Selari dengannya, kini Nokia turut mengesahkan secara rasminya, mereka akan memperkenalkan sebuah tablet. Mengikut info tertiris sebelum ini, tablet berkenaan dijangka dikenali dengan nama Nokia T20, hadir dengan skrin 10.36-inci dan dijana cip Unisoc.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kelebihan berbeza yang akan dibawakan oleh tablet Nokia ini selain daripada penggunaan jenama Nokia semata-masa. Sama-sama kita nantikan 6 Oktober ini untuk melihat penyertaan keluarga terbaru Nokia ini.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,173
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,173
Reaction score
4,272
Points
236
Tablet Nokia T20 Rasmi - Saiz 10.4 Inci Dengan Skrin 2K

Saiz tablet ini lebih kurang dengan Apple iPad Gen 9 dan ia seberat 465g. Di dalamnya dilengkapi bateri sebesar 8200mAh dan dikatakan ia mampu bertahan sehingga 15 jam penggunaan. Namun, bateri sebesar itu hanya menyokong kelajuan mengecas sehingga 15W sahaja dan di dalam kotak diberikan pengecas 10W. Beralih pada bahagian hadapan, skrin seluas 10.4 inci ditawarkan dengan panel LCD beresolusi 2K (2000x1200) serta nisbah 15:9 dan kecerahan sehingga 400 nits. Nokia T20 mungkin bukan menjadi pilihan ramai kerana ia dikuasakan cip pemproses Unisoc Tiger T610 yang dipadankan memori 3GB atau 4GB RAM serta storan dalaman 32GB atau 64GB. Akan tetapi, storan tambahan boleh dibuat kerana adanya slot kad mikroSD.

Selain itu, tablet ini turut hadir dengan pembesar suara stereo, dua mikrofon dan bicu audio 3.5mm. Manakala kamera pula, terdapat 5MP bagi lensa utama yang turut menyokong nyahkunci menggunakan imbasan wajah. Sementara lensa belakang adalah sebesar 8MP. Tablet ini turut menjalankan Android 11 dan HMD menjanjikan kemas kini selama 2 tahun untuk sistem operasi serta 3 tahun keselamatan. Antara spesifikasi lain adalah penarafan kalis air IP52, Bluetooth 5.0, WiFi 5 dan ditawarkan dalam dua varian, iaitu WiFi dan 4G.

Nokia T20 diletakkan dengan tanda harga bermula €200 (~RM966) bagi model 3GB+32GB WiFi dan €240 (~RM1160) untuk varian 4G.​

1633534644566.png
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Messages
52,429
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,429
Reaction score
1,779
Points
596
Cam sempoi ja
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register