Hj Wahid Endut - Calon PRK K.Trgnu

CG Sponsors




DreamCatcher

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,785
Reaction score
917
Points
176
Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam akan dicalonkan oleh PAS dalam PRK Kuala Terengganu 2009.
 
Sponsored Post

cakaplepas

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2008
Messages
642
Reaction score
2
Points
15
btol ke?ada tak maklumat yg sahih.sbb sy bukan duk ganu
 

DreamCatcher

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,785
Reaction score
917
Points
176
KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.

Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.

Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.

Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustapa ketika PAS melakukan �comeback� di Terengganu pada tahun 1982.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm
 

cakaplepas

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2008
Messages
642
Reaction score
2
Points
15
ok.sap.sapa pun calon,hope pas menang.mmg meleset semua jangkaan kata dr azman
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,208
Reaction score
828
Points
176
kita lihat saper yang kene........
 

nqfaq

Active Member
Joined
Sep 15, 2007
Messages
1,251
Reaction score
37
Points
30
seribu lebih undi pos, so kena cari lebih sikit nak lawan undi pos ni, utk makluman undi pos adalah backup utk BN
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
undi pos banyak nya sampai seribu nampak sangat lah mereka nak melakukan sesuatu yang di luar jangkaan pengundi
 

esohor

Active Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
1,524
Reaction score
0
Points
20
gud luck - harap bermain di atas padang yg rata.... kalau padang tak rata - susah ar mau memang :D :D: :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register