BTC USD 62,022.8 Gold USD 1,766.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hj.Teepo

pressuresprayer

Active+ Member
Joined
Jun 6, 2010
Messages
4,003
Reaction score
107
Points
33
Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja

nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah

sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya

berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang

beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling

agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang

belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh

doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa

sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini,

tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk,

koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di

dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo

dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku

nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi

hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran

dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo

berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini

telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri

Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang

meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain

yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang

telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat

kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang

sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I

lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah

kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."

Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan

yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti

Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan

fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi

selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana

terkejut berok dengan penjelasan suaminya.


astrok ke?


P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le

iktibar.
 
Sponsored Post

klleman

Active Member
Joined
Dec 2, 2006
Messages
1,423
Reaction score
4
Points
25
xper astrok pun... best gak baca bagi yg terlepas pandang
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
hhaha udah udah le tu menipu oii
 

biosumber

Active Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
2,162
Reaction score
38
Points
30
giler kentang penipu tahap dewa ni.... dewa pon blom tentu nak kelentong cenggini
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register