ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Tanaka (tengah) bersama pengurusan tertinggi Hino Motors Sales (M) Sdn Bhd ketika melancarkan Pertandingan Kepuasan Pelanggan Hino 2014, semalam
PENERAJU syarikat pengeluar trak dan bas, Hino Motors Sales (M) Sdn Bhd optimis mampu mengekalkan jumlah jualan sebanyak 17,600 unit termasuk di pasaran China bagi segmen trak, tahun depan.
Pengarah Urusannya, Nobuyuki Tanaka berkata, pembentangan Bajet 2014, Oktober lalu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap permintaan dan jualan kenderaan disebabkan pelaksanaan gaji minimum dan had umur persaraan 60 tahun bagi sektor swasta.
“Jualan bagi kenderaan komersial juga kurang agresif berbanding tempoh jualan sebelum ini,” katanya selepas melancarkan Pertandingan Kepuasan Pelanggan Hino, kali keempat, di Petaling Jaya, semalam.
Program berbentuk pertandingan itu disertai seramai 153 peserta terdiri daripada pengedar 3S (jualan, stokis alat ganti dan perkhidmatan) Hino Motors Sales (M) Sdn Bhd dari seluruh negara.
“Setiap peserta perlu mempamerkan kemahiran masing-masing dan mereka akan dinilai berdasarkan kecekapan, ketepatan dan tahap profesionalisme mereka melaksanakan tugasan harian.
“Program ini diadakan bertujuan meningkatkan perkhidmatan terbaikuntuk kepuasan pelanggan sekali gus dapat menaikkan motivasi dan meningkatkan mutu kerja mereka,” katanya.
Hino membelanjakan kira-kira RM500,000 bagi menjayakan program tersebut.
Hino kini mempunyai lebih 40 pengedar dan lebih 70 outlet seluruh negara dengan 29 pengedar menawarkan perkhidmatan 3S dan 15 pengedar menawarkan khidmat 1S.