BTC USD 38,795.0 Gold USD 1,820.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Himpunan Penyatuan Ummah 13&14 Sep 2019 #HPU914

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,419
Reaction score
2,839
Points
206
458671.jpg

KUALA LUMPUR - Sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya bendera Pas berkibar sama aras dengan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ia menjelang acara bersejarah yang bakal menyaksikan UMNO-Pas memeterai piagam bersama sempena Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) yang akan berlangsung hari ini dan esok.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, lebih 10,000 pengunjung bakal membanjiri sekitar Dewan Merdeka, PWTC dengan acara kemuncaknya majlis tandatangan piagam kerjasama UMNO dan Pas.

Menurutnya, lebih 30 parti politik berdaftar telah dijemput termasuk bawah Pakatan Harapan.

“Ini bukan himpunan untuk orang Melayu Islam. Tetapi juga akan dihadiri oleh pelbagai kaum dan agama.

“Kita telah sediakan tempat duduk untuk parti-parti lain yang mahu sertai bersama dalam mencapai matlamat nasional,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Ditanya adakah akan terbentuk satu parti baharu hasil piagam yang bakal dimeterai nanti, Annuar bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya yakin presiden kedua-dua parti mempunyai rancangan besar. Tunggu ucapan pada hari kemuncak nanti,” katanya.

Sementara itu, pengisian HPU hari ini akan bermula dengan solat sunat Dhuha, zikir munajat oleh Wanita UMNO dan Muslimat Pas.

Selepas solat Jumaat akan diadakan solat hajat dan kemudiannya disusuli Wacana Intelektual Penyatuan Ummah anjuran Penerangan UMNO selain Himpunan Anak Muda yang dikendalikan bersama antara Pemuda UMNO dan Pemuda Pas di Dataran PWTC.

Pada malamnya pula, akan diadakan Ceramah Perdana Penyatuan Ummah di Plaza Merdeka PWTC yang menampilkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Acara kemuncak berlangsung pada Sabtu akan menyaksikan piagam kerjasama UMNO dan Pas akan ditandatangani oleh kedua-dua presiden parti berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,419
Reaction score
2,839
Points
206
Penyatuan UMNO-Pas: PWTC diselimuti rona putih

458870.jpg



KUALA LUMPUR - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang begitu sinonim dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada lazimnya menyaksikan penampilan khalayak dengan rona merah dan biru tua ketika berlangsungnya program-program besar.


Namun berbeza hari ini, apabila identiti satu parti telah ‘diselimuti’ rona warna putih yang menghiasi setiap sudut menandakan kebersamaan semangat juang para penyokong bersempena acara bersejarah Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) berlangsung hari ini dan esok.

Suasana itu secara tidak langsung menzahirkan semangat kerjasama yang dimeterai apabila identiti dua parti bersatu sehingga agak sukar membezakan mana satu daripada UMNO atau Pas.

Putih menjadi lambang kesucian dan bersih, tidak keterlaluan jika dikatakan ia juga melambangkan satu bentuk penyatuan yang akan dicorakkan semula dengan lukisan yang lebih indah.

Program pada pagi Jumaat yang barakah itu telah dibuka dengan acara melibatkan Wanita UMNO dan Muslimat Pas yang mengadakan solat sunat Dhuha, hajat dan zikir munajat dengan diketuai oleh Ketua Muslimat Pas Pusat, Senator Nuridah Mohd Salleh.

Salah seorang peserta, Nur Ain Airil, 30, antara yang tidak ketinggalan menyokong gerakan penyatuan itu apabila sanggup menempah bilik hotel sejak awal lagi untuk bersama-sama dalam program dianjurkan.

Malah kehadiran si kecil, Aisyah Amar, 9 bulan sedikit pun tidak membataskan semangatnya.

“Saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah penyatuan ummah ini. Saya akan beri sokongan penuh,” katanya kepada Sinar Harian.

Tidak kurangnya semangat dua lagi peserta apabila bersama-sama menaiki Transit Aliran Massa (MRT) seawal jam 6.45 pagi dari Kajang ke PWTC.

Halimah Zaharah Yaacob, 54, pula berkata, dia bersyukur apabila penyatuan ummah dapat direalisasikan.

“Sudah sampai ketikanya kita antara dua parti Islam terbesar dapat bersama-sama demi meletakkan Islam di atas,” katanya.

Noraini Hashim, 60, yang telah 30 tahun bersama-sama Pas pula mengakui teruja dengan acara bersejarah tersebut.

“Ini apa yang kita semua nanti-nantikan. Jadi saya tidak mahu terlepas untuk terlibat,” katanya.

 

lats840

Active+ Member
Joined
Mar 15, 2009
Messages
2,668
Reaction score
611
Points
81
Harap kan yg terbaik utk ummah...
Harap takde issue kuda mengkuda...
Tapi nnti ade la mnyalak psal ni...
Especially mamat sekor dlm cg ni...
Hahahaa....
 

akuehebat

Super Active Member
Joined
Jan 12, 2012
Messages
7,803
Reaction score
514
Points
111
apa y aku nantikan dlm himpunan ni ialah impak selepas himpunan.terutamanya impak pd ekonomi umat islam/melayu.
dlm himpunan ni ptt d bincangkan cara, bagaimana utk perkembangkan/menaikkan dan memperkukuhkan ekonomi kita.
bkn setakat berhimpun bersorak salah kerajaan saja..tp himpunan ni sepatutnya jd loncatan kpd ekonomi kita dlm masa kita sedang gemburkan isu BMF ni.
himpunan ni ialah medan terbaik utk membincangkan cmne nk cipta pemborong, pengilang, pengedar dr kalangan org kita..
aku hrp himpunan ni bkn bersifat bersorak saja..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,766
Reaction score
12,929
Points
1,906
Himpunan Ummah bukan untuk ‘survival’ politik, tapi ikhlas satukan umat, kata Wanita Umno, PAS

September 13, 2019 3:35 PM

FMT-HIMPUNAN-PENYATUAN-UMMAH-PERWAKILAN-MUSLIMAT-130919.jpg


Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad dan Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh pada sidang media di PWTC hari ini.
KUALA LUMPUR: Sayap wanita Umno dan PAS berkata penyatuan dan kerjasama antara 2 parti itu bukan bermotifkan kelangsungan politik, sebaliknya keikhlasan dalam menawarkan keharmonian dan penyatuan masyarakat Melayu Islam.

Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad berkata dakwaan yang dibuat pemimpin Pakatan Harapan (PH) terhadap inisiatif itu adalah provokasi untuk menidakkan kerjasama 2 parti besar orang Melayu itu.

“Kita tak buat kacau bilau. Kita raikan perpaduan dan hormati bangsa lain.

“Parti kami tak ajar kurang ajar. Ini lebih kepada provokasi PH untuk buat kita tak selesa. Tapi kita tak kisah. Dalam politik, memang kita terdedah dengan provokasi,” katanya pada satu sidang media selepas program Sembang Santai Puteri Umno dan Ameerah Malaysia, sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh.

Noraini berkata demikian bagi mengulas pertanyaan pemberita tentang dakwaan bahawa kerjasama antara PAS dan Umno hanyalah untuk kelangsungan politik parti itu selepas kalah dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Sementara itu, Nuridah berkata, hubungan baik kedua-dua parti itu bukanlah baru, malah hubungan PAS dan Umno tidak ubah seperti adik beradik dan keluarga rapat.

Jelasnya, presiden PAS memberitahu ahli parti itu bahawa Umno dalah seumpama parti adik beradik yang mempunyai akidah dan keturunan yang sama.

“Kita berkongsi dalam banyak hal. Bukan baru, dah lama. Sejak menuntut kemerdekaan lagi,” katanya kepada media.

Terdahulu hari ini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa kerjasama politik PAS-Umno yang kini diperkuatkan menerusi himpunan yang bermula hari ini tidak akan kekal lama.

Katanya, apabila strategi politik kedua-dua parti itu tidak menjadi, mereka akan berbalah dan saling mengkafirkan sesama sendiri seperti dahulu.

Himpunan anjuran Umno dan PAS itu dijadualkan berakhir esok dengan perisytiharan dokumen Piagam Muafakat Nasional yang mengesahkan kerjasama politik antara 2 parti orang Melayu itu.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,766
Reaction score
12,929
Points
1,906
Rafizi, dalam PH siapa suami atau isteri?

13 September 2019

MGF03102018_HUMAN-INTEREST-PRK-PORTDICKSON_02.jpg


KUALA LUMPUR – Sejurus selepas Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan supaya tok kadi kena semak jantina UMNO-Pas sebelum nikahkan esok, Datuk Seri Najib Razak tampil dengan dua persoalan.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahu tak perbezaan suami dengan isteri.

Tanyanya lagi, antara DAP dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), siapa pula yang suami atau isteri,

Persoalan itu dilontarkan selepas Rafizi membangkitkan hubungan UMNO dan Pas sejak tahun 1970an.

Hubungan marah dan cinta antara Pas dengan UMNO ini sudah lama.

Katanya, UMNO dilabelkan Pas sebagai tidak Islam selepas kedua-dua parti ini ‘bercerai selepas berkahwin kali pertama pada tahun 1970an’.

Itu cerita dulu, kata Naib Presiden PKR itu kerana UMNO dan Pas sekarang sudah selesai meminang dan esok akan berkahwin di PWTC.

“Kita tidak tahu yang mana lelaki yang mana perempuan.

“Pas beritahu ahlinya yang dalam perkahwinan itu, PAS adalah lelaki yang memimpin. Kalau PAS ucap saja, jatuh talak tiga jadi UMNO tidak boleh main-main.

“UMNO beritahu ahlinya Pas adalah jandanya yang sekarang gila talak dengan UMNO setelah berpuluh tahun memaki hamun UMNO. UMNO bukan cinta sangat kepada Pas, cukup untuk dipakai sahaja,” katanya yang menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap berjasa kerana menyatu dan memisahkan UMNO-Pas.

Beliau turut meramalkan ‘perkahwinan UMNO-Pas kali ini akan terburai.

Hanya tunggu masa kerana mereka tidak tahu siapa yang suami dan siapa yang isteri dalam perkahwinan itu dan apabila strategi politik itu tidak menjadi, mereka akan kembali kafir mengkafir seperti dulu.

Sindir Najib lagi Najib, parti Amanah itu kita tak perlu ditanya kerana ramai percaya hubungan mereka lebih kepada bapa dengan anak. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,766
Reaction score
12,929
Points
1,906
perkembangan sebelum ni

Tok kadi kena semak jantina UMNO-Pas sebelum nikahkan esok -Rafizi

13 September 2019

rafizi.jpg


KUALA LUMUR – Naib Presiden PKR yang dilantik, Rafizi Ramli hari ni memuatnaik hantaran di laman Facebook mengulas panjang lebar tentang ketegangan hubungan Pas dan UMNO sejak tahun 1970an.

Kata Rafizi, hubungan marah dan cinta antara kedua-dua parti itu sudah lama sehingga ke satu peringkat UMNO sudah lagi tidak Islam menyebabkan berlakunya ‘boikot’ kenduri kahwin, sembahyang asing dan akad nikah dua kali kerana takut tidak sah dan membawa kepada zina.

Beliau merumuskan keadaan itu sebagai jasa Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada perpaduan ummah selepas menjatuhkan hukum melalui Amanat Haji Hadi.

“Saya orang Terengganu, dalam tahun 1980an keluarga terbelah antara yang UMNO dan PAS gara-gara Amanat itu,” katanya.

Rafizi menyambung, apa yang beliau ungkapkan di peringkat awal hantaran panjang lebar itu adalah cerita dulu dan sekarang kedua-dua parti itu sudah selesai meminang dan akan berkahwin esok di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Kita tidak tahu yang mana lelaki yang mana perempuan.

“PAS beritahu ahlinya yang dalam perkahwinan itu, PAS adalah lelaki yang memimpin. Kalau PAS ucap saja, jatuh talak tiga jadi UMNO tidak boleh main-main.

“UMNO beritahu ahlinya PAS adalah jandanya yang sekarang gila talak dengan UMNO setelah berpuluh tahun memaki hamun UMNO. UMNO bukan cinta sangat kepada PAS, cukup untuk dipakai sahaja.

“In Sha Allah tok kadi kena semak jantina UMNO dan PAS dulu sebelum menikahkah mereka esok,” katanya.

Rafizi turut menyelar Abdul Hadi kononnya sebagai orang yang telah mendidik anak muda Pas untuk menjatuhkan hukum keluar Islam ke atas UMNO selepas kedua-dua parti itu ‘bercerai’ pada awal 1980an.

Hari ini, katanya, Pas mendidik anak-anak muda parti itu untuk menjatuhkan hukum keluar Islam ke atas orang Islam yang tidak bersama mereka dalam perkahwinan itu.

“Lihat anak muda bernama Shah Al Badar ini. Sangat tegar menyokong PAS, satu pertubuhan dakwah kononnya,” katanya.

Rafizi mendakwa, dakwah Pas itu sudah terpesong dan bukan lagi dakwah mendekatkan manusia ke jalan Allah, bukan lagi dakwah yang berhikmah dan bijaksana, apatah lagi dakwah yang berteraskan akhlak.

“Dakwah anak muda PAS sekarang ialah berdakwah supaya orang Islam meninggalkan agama, apabila orang Islam itu tidak bersetuju dengan tindakan politik mereka.

“Semuanya demi sekerat dua kerat pimpinan atas PAS dan nafsu mereka untuk menjadi pembesar negara,” katanya.

Beliau turut meramalkan perkahwinan UMNO-Pas kali ini juga akan terburai.

“Hanya tunggu masa kerana mereka tidak tahu siapa yang suami dan siapa yang isteri dalam perkahwinan itu.

“Apabila strategi politik itu tidak menjadi dan mereka berbalah, mereka akan kembali kafir mengkafir seperti dulu.

M”ereka juga yang menjerit penyatuan ummah, sedangkan merekalah yang kafir mengkafir sebelum ini dan memecah belahkan ummah,” katanya. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,766
Reaction score
12,929
Points
1,906
HPU: Penganjur ada hak, kata Waytha

13 September 2019

MGF13092019_LAWATANKERJAWAYTHAKOMPLEKSSEKOLAHWAWASAN21.jpg

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan), Waytha Moorthy bercakap pada sidang media selepas selesai mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Sekolah Wawasan di USJ 15, Subang Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 13 SEPTEMBER 2019

SUBANG – Tidak menjadi kesalahan sebaliknya penganjur Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) mempunyai hak untuk menganjurkan program tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha berkata, walaupun memiliki tujuan tertentu, himpunan itu merupakan sebahagian daripada proses kebebasan di negara.

Apa yang penting tegas beliau, perpaduan kaum masih kekal terpelihara di negara ini.

“(HPU) adalah sebahagian daripada kebebasan dan ada tujuan tertentu.

“Mereka mempunyai hak mengadakan himpuan dan yang penting perpaduan rakyat terus dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Kompleks Sekolah Wawasan USJ15 di sini hari ini.

MGF13092019_LAWATANKERJAWAYTHAKOMPLEKSSEKOLAHWAWASAN13.jpg

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan), Waytha Moorthy meluangkan masa beramah mesra dengan sebahagian pelajar dari tiga jenis buah sekolah semasa mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Sekolah Wawasan di USJ 15, Subang Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 13 SEPTEMBER 2019


Beliau diminta mengulas program HPU anjuran UMNO dan Pas yang bermula hari ini dan menimbulkan skeptikal di kalangan segenlintir pihak yang melihatkan sebagai perpaduan satu kaum sahaja.

Kemuncak HPU dalah menandatangani Piagam Penyatuan di antara dua parti terbesar Melayu di negara ini. – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register