BTC USD 23,632.1 Gold USD 1,773.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Himpunan keris melayu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
hulu.jpg
 
Sponsored Post

MASTER ZEKAMAN

Active+ Member
Messages
4,231
Joined
Sep 16, 2008
Messages
4,231
Reaction score
51
Points
30
sedikit info keris...

Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak lebih daripada 600 tahun dahulu. Ia digunakan untuk mempertahankan diri dan sebagai alat kebesaran diraja. Keris selalu dikaitkan dengan kesaktian dan keistimewaan luar biasa dimana kononnya boleh membunuh dengan menikam bekas tapak kaki musuh berkenaan.

Keris terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata, hulu dan sarung. Jenis-jenis keris dibezakan dengan ciri-ciri tersebut dan mempunyai nama yang unik mengikut ciri-ciri dan juga asal usulnya.

Sebilah keris yang dijumpai pada dinding candi Boro budur, Indonesia mungkin menunjukkan bahawa asal usul keris adalah dari Jawa. Keris yang tertua sekali adalah dipercayai Keris Majapahit.

Keris boleh dikenali jenisnya pada bahagian Hulu, Sarung dan Mata ataupun ketiga-tiganya sekali. Namun demikian jenis keris jarang dikenali mengikut ketiga-tiga bahagiannya, kebiasaannya hanya 2 bahagian sahaja dirujuk.

Antara jenis-jenis keris yang dipamerkan ialah Keris Jawa/Bentuk Wayang, Keris Madura, Keris Panjang dan Keris Bugis.

Karya seni yang tinggi dapat dilihat pada kepelbagaian jenis mata keris lurus dan berluk, ukiran dan perhiasan yang kreatif pada hulu dan sarungnya. Terdapat mata keris yang berbentuk seperti lidah api, dan sarung serta hulunya yang mempunyai bentuk dan rekacorak yang harmonis menunjukkan gabungan seni ukiran, seni pahat dan seni patung yang kaya mutunya. Kesemua hasil seni ini memerlukan seni ketukangan yang tinggi dan kepakaran yang mendalam. Antara keris-keris yang dipamerkan ialah Keris Semenanjung dan Keris Pekaka.

Senjata-senjata yang dipamerkan merupakan senjata kegunaan harian masyarakat Malaysia. Antaranya ialah pisau kait kelapa dan pinang, pisau raut, parang puting, parang tapeh, parang tebu, golok sembelih lembu, golok potong keropok, golok rembau dan sadap daun gambir.

Lembing diperbuat daripada kayu lurus berukuran 6 kaki panjang dan dipasang dengan mata lembing seperti pisau di satu pangkal. Mata lembing ini dimasukkan ke dalam batang kayu dan diperkuatkan dengan ikatan rotan atau simpai logam. Lembing yang terdapat di Malaysia kebanyakan bermata tajam yang diperbuat daripada kayu atau buluh. Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat samada daripada kuprum atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja, telah digunakan di Malaysia semenjak berkurun dahulu. Kini lembing hanya digunakan untuk upacara rasmi dan istiadat diraja sahaja.


Petikan diambil dari laman web http://www.museum.gov.my/senjata/keris.htm
 
Last edited:

ulam

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,373
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
60
Points
120
Keris tamin Sari ada x eboss?.. :-?
 
Sponsored Post

Top
Log in Register