BTC USD 47,354.5 Gold USD 1,752.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Himpunan Demo kerajaan gagal desak PM berundur

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,525
Reaction score
14,720
Points
1,906
1627708006122.png


Ratusan berarak di demo #Lawan tuntut PM letak jawatan​



Diterbitkan 31 Jul 2021, 10:58 am

Dikemaskini 12:56 pm



Kemaskini 12 tengah hari | Ratusan penunjuk perasaan berpakaian hitam berhimpun di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Sebilangan besar membawa sepanduk dan papan nama yang bertuliskan "Kerajaan Gagal" manakala yang lain mengibarkan bendera hitam.
Para penunjuk perasaan menuduh kerajaan salah urus wabak Covid-19.
Beberapa yang hadir mengusung replika mayat berbalut kain kafan lambang kematian Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini.

Penunjuk perasaan, berjumlah sekitar 200 orang, telah berkumpul di sekitar Dataran Merdeka karena lokasinya telah dikawal oleh polis.
Sekretariat Solidariti Rakyat, penganjur tunjuk perasaan pula menganggarkan jumlah peserta skitar 1,000 orang.
Mereka kebanyakan terdiri dari anak muda tetapi beberapa tokoh politik turut kelihatan, antaranya Naib Presiden PKR Tian Chua.

ba3c1ae56a840273880c1dab6cd99b5d.jpg


Terdahulu, pada jam 11.35 pagi, mereka berarak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan, "lawan, lawan kerajaan zalim" dan "lawan, lawan tolak Muhyiddin."
Ada juga di antara mereka yang memegang plakad yang menentang pentadbiran PN seperti "Rakyat Tenat Menteri Khianat," dan "Kerajaan gagal."
Pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mengawasi di kawasan sekitar protes itu, disamping petugas perubatan dan ambulans.


Bantahan hari ini anjuran kumpulan anak muda Sekretariat Solidariti Rakyat itu menuntut pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


Desakan itu muncul ketika wabak Covid-19 yang semakin teruk bawah pentadbiran PN yang diterajui Muhyiddin.





Penganjur telah menasihatkan para peserta untuk mematuhi prosedur operasi standard terhadap Covid-19 termasuk untuk mengambil suhu badan mereka dan memakai pelitup muka.

Polis pula dilihat memberi peringatan kepada para penunjuk perasaan supaya mereka mematuhi SOP: "Pastikan terus jaga jarak sosial anda."



91739af3f877f374117c7a0621a90d91.jpg



Dalam pada itu, tanda pagar #Lawan kini sohor di Twitter Malaysia dengan lebih 100,000 ciapan.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,525
Reaction score
14,720
Points
1,906
Tunjuk perasaan berdekatan Dataran Merdeka.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,663
Reaction score
14,929
Points
2,376
Saya ada share dekat thread lain tadi
Kobid² pun demo smacam
Jeng
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,910
Reaction score
3,396
Points
201
Dah nmpak siapa mastermind dia....hahaha......
 

orang2

Active Member
Joined
Aug 28, 2013
Messages
1,565
Reaction score
291
Points
51
Harap2 lagi 2 minggu ada yg mati kena covid org yg sertai himpunan ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register