Himpunan berita operasi pencegahan maksiat seluruh negara

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
Polis gempur pusat hiburan 26 GRO dicekup



KUALA LUMPUR: Polis menahan seramai 26 pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Pusat Perdagangan, Seri Kembangan, dekat sini, awal pagi ini.

Serbuan menerusi Ops Dadu dan Noda yang bermula lewat malam tadi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.

Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Hedzir Hussin, berkata pihaknya menahan 19 GRO warga Vietnam, empat GRO Indonesia dan bakinya warga tempatan berusia antara 19 hingga 40 tahun.

Katanya, turut ditahan 21 pekerja pusat hiburan itu yang berperanan sebagai juruwang, pelayan dan pengawal keselamatan selain 11 pemain judi bagi membantu siasatan.

“Kita juga merampas 54 keping kad daun terup, satu dadu, satu peti hitam dan wang tunai berjumlah RM47,536 sebagai bahan bukti siasatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan itu mempunyai tiga tingkat yang menempatkan karaoke dan mini kasino.

“Bayaran perkhidmatan layanan GRO untuk setiap pelanggan pula adalah RM180 bagi tempoh sejam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959, Seksyen 15(1)c akta sama, Seksyen 55(B) akta sama, Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
MKL Crimedesk | Pusat Hiburan & Mini Kasino Diserbu D7 Bukit Aman
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
Bapa ayam ditahan bersama 9 pelacur

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang juga ‘bapa ayam’ bersama sembilan pelacur termasuk seorang wanita tempatan dalam operasi dijalankan di sebuah hotel di Jalan Siam, di sini malam tadi.

Lelaki berumur 27 tahun itu gagal melarikan diri selepas hotel yang menjadi tempatnya menjalankan kegiatan tidak bermoral bersama lapan pelacur warga asing terdiri daripada seorang warga Vietnam, lima dari Thailand dan dua dari Indonesia serta seorang wanita tempatan berumur 23 hingga 35 tahun itu diserbu polis kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zainol Samah, berkata serbuan itu dibuat berdasarkan hasil maklumat dan risikan sejak dua minggu lalu yang mendapati terdapat kegiatan tidak bermoral dijalankan di situ oleh sekumpulan wanita warga asing.

“Semasa serbuan, seorang lelaki tempatan turut berada di situ dan hasil siasatan mendapati dia merupakan ‘bapa ayam’ yang menguruskan kesemua lapan pelacur warga asing dan seorang wanita tempatan berkenaan.

“Wanita tempatan berumur 35 tahun yang ditahan itu memiliki sebuah kereta berjenama mewah hasil kegiatan pelacuran sejak beberapa tahun lalu.

“Dia mengaku pemilik kepada kereta mewah yang diparkir di depan hotel berkenaan selepas meminta kebenaran untuk mengambil barang peribadinya yang disimpan di dalam kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata dalam operasi yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang itu turut merampas wang tunai RM8,000 dipercayai hasil pelacuran dan beberapa barangan lain seperti kondom, pelincir serta resit. – BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
60 'pari-pari' kena angkut polis






KUALA LUMPUR: Lebih 100 pengunjung dan 60 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang sedang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini, terkejut apabila premis itu diserbu polis, tengah malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, kesemua 60 GRO itu berpakaian seksi serba putih bagi menarik pelanggan berhibur dengan mengikut tema khas ala pari-pari yang ditetapkan untuk malam itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata GRO warga asing yang ditahan terdiri daripada 52 warga Thailand, tujuh warga Vietnam dan seorang warga Laos.

“Kita turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang berperanan sebagai penjaga premis, serta tiga pekerja lelaki asing terdiri daripada dua warga Vietnam dan seorang warga Bangladesh.

“Kesemua warga asing yang ditahan berusia antara 19 sehingga 33 tahun ini dan pemeriksaan mereka semua mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam sidang media yang diadakan di lokasi serbuan, awal pagi tadi.

Katanya, pasukan polis berhadapan sedikit kesulitan pada awal serbuan apabila pemilik premis memutuskan bekalan elektrik dipercayai bertujuan menyukarkan anggota polis untuk membuat pemeriksaan, bagaimanapun perkara itu dapat diatasi.

“Siasatan lanjut mendapati pusat hiburan ini mempunyai lesen beroperasi yang sah sehingga akhir tahun ini namun pemiliknya didapati menggaji wanita warga asing secara haram untuk bekerja sebagai GRO di situ.

“Sebagai daya tarikan, pengunjung boleh memberikan tips kepada wanita-wanita terbabit dengan menghadiahkan ‘kain selempang’ yang dibayar dengan harga antara RM100 hingga RM5,000 bagi mendapat layanan khas,” jelas beliau.

Katanya, kesemua individu yang ditahan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39B di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992.

Serbuan berakhir kira-kira jam 2 pagi itu dijalankan oleh 18 pegawai dan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus D7 JSJ Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Ana Mohamed.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
36 individu dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran diberkas
691865.jpg

Antara individu yang ditahan Imigresen di sebuah hotel di Pudu, semalam.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menahan 36 individu termasuk 23 wanita warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Jalan Sungai Besi, Pudu, di sini, semalam.


Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya menemui wanita warga asing di dalam bilik berasingan bersama pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan dan Pakistan ketika serbuan pada jam 2 petang.

“Kita turut menemui sejumlah kondom yang sudah dan belum digunakan serta peralatan seks di dalam bilik hotel itu. Selain itu, kita menemui buku catatan rekod bayaran pelanggan,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, seramai 13 orang warga Thailand, tujuh Indonesia, dua Vietnam dan seorang dari Laos ditahan dalam operasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kesemua tangkapan berusia dari 25 hingga 40 tahun dan akan disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, iaitu melanggar syarat Pas Lawatan Sosial,” katanya.

Beliau berkata, seramai tiga lelaki warga tempatan turut ditahan, mereka dipercayai bekerja sebagai ejen kegiatan pelacuran tersebut di samping bertugas menjaga hotel berkenaan.

“Kesemua mereka akan disiasat di bawah seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 iaitu melindungi mana-mana orang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya.

Menurutnya, pelanggan lain yang ditangkap ialah seorang lelaki warga Pakistan yang didapati telah tinggal lebih masa selepas tamat tempoh Pas dan akan disiasat di bawah seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


“Dalam operasi khas ini, kita merampas sejumlah wang tunai sebanyak RM20,656.45, ia akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613],” katanya.

Beliau berkata, modus operandi sindiket pesundalan yang didalangi rakyat tempatan itu adalah dengan menyiarkan gambar iklan perempuan berpakaian seksi melalui aplikasi Wechat yang boleh ditempah melalui media sosial atau dilanggan secara walk-in untuk tujuan pesundalan.

“Setiap tempahan dan langganan dikenakan bayaran antara RM180 hingga RM300 bagi satu sesi dengan bilik hotel disediakan secara percuma,” katanya.

Kesemua tahanan warganegara asing akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen, Semenyih. Sebagai langkah pencegahan penyebaran Covid-19, mereka akan disaring oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Depot sebelum direman untuk siasatan dan pendakwaan.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,068
Reaction score
11,486
Points
2,376
Polis_Gari_1589419567.jpg

Polis tahan 5 wanita warga asing


KUALA LUMPUR: Polis menahan lima wanita warga asing disyaki terbabit aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Subang Jaya, semalam.

Dalam serbuan pada jam 4 petang itu, anggota dari Bahagian Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan tiga wanita warga China manakala bakinya masing-masing dari Mongolia dan Kazakhstan.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor, berkata serbuan dilakukan di lima bilik hotel berkenaan membawa kepada penangkapan kesemua suspek berusia antara 24 hingga 35 tahun.

"Sindiket pelacuran itu menggunakan laman sesawang 'Subang Esscort' untuk promosi warga asing kepada lelaki tempatan, sejak sebulan lalu.

"Turut dirampas, telefon bimbit, kondom, gel pelincir, kad akses bilik hotel dan wang tunai berjumlah RM2,500 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Azmi berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu didalangi seorang lelaki tempatan yang bergiat aktif di kawasan Subang Jaya.

"Dianggarkan bayaran RM310 hingga RM350 dikenakan bagi sekali perkhidmatan seks dan RM2,000 bagi tempahan satu malam.

"Aktiviti pelacuran itu dipercayai beroperasi selama 12 jam setiap hari dan sindiket ini turut menggunakan aplikasi WhatsApp dan WeChat sebagai medium menarik pelanggan," katanya.

Kesemua tahanan dibawa ke Balai Polis USJ 8 untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 39b Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta sama.


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
Kegiatan pelacuran, judi haram dibanteras

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menahan 1,863 individu kerana terbabit dengan kegiatan pelacuran menerusi Op Noda di sekitar ibu negara bermula 1 Januari sehingga 19 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata sepanjang tempoh itu, sebanyak 1,482 premis diperiksa dengan 581 serbuan berjaya dilakukan membabitkan tangkapan warga tempatan dan asing.

"Daripada keseluruhan tangkapan, 588 adalah warga tempatan termasuk 134 wanita, manakala 1,275 lagi adalah warga asing termasuk 1,054 wanita.

"Kita turut menahan 38 remaja warga tempatan berusia bawah 16 tahun dan tangkapan selebihnya berusia antara 16 hingga 60 tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Antara warga asing yang ditahan adalah 330 warga Thailand (311 wanita), 302 warga Vietnam (288 wanita), 193 warga Indonesia (180 wanita), 91 warga China (85 wanita) dan 73 warga Myanmar (34 wanita).

Kesemua yang ditahan itu terdiri daripada pekerja seks, penjaga dan pekerja di premis pelacuran dengan dua daripada tangkapan dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Untuk tempoh sama, Polis Kuala Lumpur turut melakukan 92 serbuan menerusi Op Dadu ke atas premis yang dijadikan pusat kegiatan judi dalam talian membabitkan 4,748 pemeriksaan dengan 369 tangkapan.

"Menerusi operasi sama, kita lakukan 51 serbuan ke atas premis yang dijadikan 'calling center' (pusat panggilan) judi dalam talian dengan 384 tangkapan.

"Selain itu kita turut melakukan 284 serbuan ke atas premis yang menjalankan kegiatan judi haram dengan tangkapan seramai 411 orang," kata Mazlan.

Katanya, seramai 72 orang yang ditangkap dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 19 Julai lalu juga, sebanyak 99 pusat hiburan dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992 kerana tidak mempunyai lesen atau melanggar syarat pusat hiburan.

Ia membabitkan 27 pusat hiburan di daerah Brickfields, Sentul (24), Cheras (19), Wangsa Maju (17) dan Dang Wangi (12).
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
Banyak pusat hiburan jalankan aktiviti 'curi-curi'
27nt04clubbing_1596450535.jpg


KUALA LUMPUR: Polis menyedari terdapat sebahagian besar premis hiburan di seluruh negara menjalankan aktiviti perniagaan meskipun kerajaan masih belum memberikan kebenaran meneruskan operasi mereka.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata berdasarkan pemantauan yang dijalankan mendapati ada sebahagian besar pemilik dan pengurusan pusat hiburan yang menjalankan aktiviti mereka secara haram.

"Saya juga amat khuatir apabila ada usaha segelintir premis hiburan yang mencuri-curi membukanya, di mana baru-baru ini kita dapati ramai yang berkunjung ke situ (pusat hiburan) untuk berfoya-foya.

"Pada masa ini, pihak polis tidak akan berkompromi dan akan terus mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap mana-mana premis yang masih berdegil menjalankan aktiviti hiburan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling, Jaya, di sini, hari ini.

Mazlan berkata, polis akan sentiasa memantau dan mengalu-alukan sebarang maklumat orang ramai.

"Saya menyeru sesiapa sahaja yang ada maklumat salurkan kepada pihak kami dan tindakan tegas termasuk menutup premis akan diambil kepada pemilik premis terbabit.

"Kita tidak mahu gelombang kedua dan sebagainya berlaku dan jangan ambil peluang apabila melihat kes COVID-19 sudah berkurangan kerana kita masih terdedah kepadanya," katanya.

Minggu lalu, BH ada mendedahkan kewujudan sebuah restoran dan bistro yang berubah menjadi pusat hiburan di bumbung sebuah menara di Persiaran KLCC yang beroperasi lebih masa dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pengunjung premis yang terletak di tingkat 57 itu dirakam berpelukan, menari, bercumbu serta melanggar Prosedur Operasi Standard lain yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan berhubung usaha menyekat penyebaran COVID-19.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register