Himpunan berita operasi pencegahan maksiat seluruh negara

CG Sponsors




Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
Polis gempur kelab eksekutif 'sajikan' GRO Eropah






KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan terkenal di Jalan Perak, di sini yang menyediakan khidmat pelayan wanita warga Eropah.

Dalam serbuan jam 12.15 tengah malam itu, seramai 38 wanita warga Ukraine, Rusia, Kazakhstan, Belarus, Jerman, United Kingdom dan Thailand dikesan berada dalam premis yang hanya dikhaskan untuk pelanggan yang berdaftar menjadi ahli kelab berkenaan sahaja.


Berdasarkan maklumat yang diterima dari pekerja kelab berkenaan, premis itu hanya boleh dimasuki oleh ahli kelab yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh serta datang berhibur dengan berpakaian mewah dan berjenama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata berdasarkan maklumat, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, terus bertindak melakukan serbuan.

“Polis menahan semua 38 wanita warga asing berusia antara 19 hingga 30 tahun disyaki bekerja sebagai pelayan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 399(b) akta yang sama.

“Semua wanita ini ditahan reman bermula hari ini dan kita akan siasat tujuan sebenar mereka memasuki negara ini, selain berkemungkinan turut terbabit dalam aktiviti pelacuran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis juga turut merekodkan butir-butir peribadi lapan pengunjung premis.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah juga boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Khas 24 jam, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670 atau Hotline Polis KL di talian 03-2115 9999,” katanya.

Hasil tinjauan ke atas kelab eksekutif yang terletak di tingkat 1 mendapati tiga bilik karaoke mewah dilengkapi pentas tarian tiang untuk pelayan wanita asing menghiburkan pelanggan mereka.

Selain itu, harga bagi minuman keras yang disediakan kepada pelanggan kelab ini dari RM1,000 sehingga mencecah RM30,000 sebotol.

Pelanggan juga dipercayai boleh berurusan dengan pelayan wanita terbabit sekiranya ingin mendapatkan khidmat yang lebih ‘istimewa’ di luar premis berkenaan dengan harga yang dipersetujui.

 

silverchair959

Legendary Member
Joined
Dec 21, 2005
Messages
17,551
Reaction score
81
Points
125
diaorg ni lepas tahan GRO GRO tu diaorg buat apa eh...hantar balik ke negeri asal ke....leceh betul
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
42 GRO warga asing ditahan


OP NODA yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di premis hiburan di Kuchai Lama. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.

KUALA LUMPUR: Polis menahan 42 wanita warga asing berusia 19 hingga 40 tahun yang disyaki bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Kuchai Lama, di sini, awal pagi tadi.


Dalam serbuan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Polis Kuala Lumpur pada jam 1.50 pagi itu, polis juga menahan seorang lelaki yang dikehendaki dalam siasatan kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mat Isa, berkata seramai 68 pengunjung turut diperiksa dalam operasi itu.

“Pecahan wanita warga asing yang ditahan adalah 24 terdiri daripada warga Thailand, 11 warga Vietnam, dua dari Laos, seorang dari Filipina, manakala empat lagi lelaki berperwatakan wanita masing-masing tiga dari Thailand dan seorang dari Vietnam.

“Turut ditahan, seorang lelaki tempatan dipercayai pengurus premis dan empat lelaki warganegara Bangladesh bekerja sebagai pelayan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rusdi berkata, pihaknya turut merampas resit transaksi, peralatan audio video, selempang serta mahkota dan wang tunai untuk siasatan lanjut.

“Ujian saringan air kencing oleh polis mendapati pengunjung bebas dari sebarang pengaruh dadah.

“Semua tangkapan ditahan reman mulai 5 Januari 2019 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
MKL Crimedesk | Polis Cekup 42 GRO Asing & Seorang WANTED
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
Tak sempat lari ikut laluan rahsia



KUALA LUMPUR - Seramai 20 wanita warga asing yang sedang asyik melayan pelanggan berkaraoke gagal meloloskan diri dalam serbuan pihak berkuasa biarpun premis terbabit mempunyai laluan rahsia yang boleh tembus hingga ke kediaman mereka, di Taman Shamelin Perkasa, di sini malam tadi.

Dalam operasi dilaksanakan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur sempena Ops Bersepadu itu, kesemua wanita terbabit dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) berjaya ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.

Pengarahnya, Hamidi Adam berkata, operasi kira-kira jam 11 malam itu turut menahan tiga lelaki pekerja premis warga Bangladesh.

"Pemeriksaan mendapati GRO terbabit terdiri daripada 17 warga Vietnam dan tiga Indonesia.

"Premis ini disyaki menawarkan khidmat GRO tersebut sebagai peneman berhibur dan sehingga boleh dibawa pulang dengan bayaran mencecah RM600 semalaman," katanya kepada Sinar Harian hari ini.



Dalam pada itu, operasi berasingan turut dilaksanakan di empat premis lain di sekitar Kuala Lumpur membabitkan restoran, pusat hiburan dan rumah kongsi.


Hamidi berkata, operasi itu berjaya menahan 42 warga asing dan seorang lelaki tempatan atas kesalahan imigresen.

"Pecahan tangkapan warga asing terdiri daripada India (14), Bangladesh (21), Indonesia (enam) dan seorang Myanmar. Antara kesalahan utama yang dikesan adalah tinggal lebih masa, tidak memiliki dokumen perjalanan dan disyaki memiliki permit palsu," katanya.

Tegasnya, operasi akan diteruskan daripada semasa ke semasa dalam usaha

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
Polis tahan GRO warga asing



GOMBAK: Polis menahan seramai 14 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing di dua pusat hiburan sekitar Taman Perindustrian KIP, di sini, tengah malam tadi.

Serbuan bermula jam 11.50 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor, berkata pihaknya menangkap 11 wanita warga Vietnam dan bakinya setiap seorang dari Indonesia, Thailand dan Laos berusia antara 18 hingga 31 tahun.

“Antara kesalahan warga asing itu termasuk tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menyalahgunakan permit serta pas lawatan ke negara ini.

“Turut dirampas peralatan untuk berhibur seperti alat pembesar suara, mikrofon dan televisyen, selain sejumlah wang tunai untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui selepas serbuan berkenaan, awal pagi ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 6(3) akta sama, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 11 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995,” katanya.
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,995
Reaction score
1,725
Points
201
banyak duit rupanya org malaysia ni untuk habiskan duit untuk maksiat..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register