Himpunan berita operasi pencegahan maksiat seluruh negara

CG Sponsors




oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191
patut kena setup vigilant team..setup senyap senyap.
takut vigilant team tu yg ketar lutut bos..... ari2 ngadap tu ratusan amoi ... 😓
dgn offer towkey2 sindiket pelacuran ....
boleh goncang apa yg patutnya x tergoncang dibuatnya bos.....
 
Sponsored Post

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,801
Reaction score
732
Points
121
takut vigilant team tu yg ketar lutut bos..... ari2 ngadap tu ratusan amoi ... 😓
dgn offer towkey2 sindiket pelacuran ....
boleh goncang apa yg x tergoncang dibuatnya bos.....
tu la tuan...harapkan pegar.. pegar makan padi...demm :(
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,184
Reaction score
3,175
Points
201
Penolong Pendaftar Mahkamah, polis dan tentera antara ditahan di kelab malam


Dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, awal pagi tadi. - Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Seorang Penolong Pendaftar Mahkamah bersama anggota polis dan tentera antara 47 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan, di sini awal pagi tadi.




Hasil ujian air kencing dijalankan, lapan anggota polis dan seorang anggota tentera positif dadah, manakala petugas mahkamah terbabit disahkan tidak mengambil bahan terlarang itu.



Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, berkata hasil pemeriksaan lanjut turut membawa kepada penemuan paket lutsinar dipercayai mengandungi dadah di premis hiburan berkenaan.



“Ketua Polis Negara sebelum ini sudah mengeluarkan arahan dan larangan mengunjungi pusat hiburan kepada semua pegawai dan anggota polis.



“Bertindak atas maklumat disalurkan mengenai kehadiran anggota polis berhibur, JIPS Bukit Aman melakukan serbuan di premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.



Zamri berkata, pihaknya turut menahan 11 anggota polis lain atas kesalahan berada di premis hiburan berkenaan dipercayai untuk berhibur.



“Selain tindakan undang-undang sedia ada kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah, semua anggota terbabit bakal dikenakan tindakan tatatertib,” katanya.



Selain polis, Penolong Pendaftar Mahkamah dan tentera orang awam lain yang turut ditahan adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).



Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) akta yang sama.



Kesemua mereka berusia 20 hingga 30 tahun direman empat hari bermula hari ini.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,184
Reaction score
3,175
Points
201
Sanggup layan nafsu 12 lelaki dalam sehari


Antara wanita warga asing yang ditahan di sebuah pub Desa Jaya Kepong, Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR - Demi mendapatkan wang dengan cara mudah, wanita warga asing yang terlibat kegiatan pelacuran sanggup melayan nafsu sehingga 12 orang pelanggan sehari.

Kegiatan persundalan yang dilakukan di sebuah hotel di Jalan Genting- Klang dibongkar Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Ops Gegar, malam tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi kira-kira jam 9.50 malam itu bertindak menahan 15 wanita warga asing membabitkan 10 warga negara Vietnam, Indonesia (3) dan Thailand (2) berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun disyaki adalah pelacur.

Menurutnya, turut ditahan enam lelaki termasuk dua warga tempatan dipercayai adalah pelanggan serta pekerja.

Beliau berkata, siasatan mendapati hotel berkenaan dipercayai dijadikan sebagai tempat pelacuran oleh wanita berkenaan.


Antara wanita warga asing yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran di sebuah hotel di Jalan Genting-Kelang, Kuala Lumpur malam tadi.

"Mereka mencari pelanggan menerusi aplikasi WeChat dengan tawaran harga RM215 sehingga RM800 bergantung kepada pakej.

"Mereka beroperasi bermula jam 10 pagi setiap hari dan disyaki mampu melayan 12 pelanggan sehari.

"Soal siasat juga mengesan kegiatan mereka kerap berpindah-pindah tempat bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa," katanya.

Dalam kes berlainan, Imigresen turut menyerbu sebuah pub di Desa Jaya Kepong di sini tengah malam tadi.

Hamidi berkata, serbuan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu berjaya menahan 15 wanita warga asing kerana disyaki aktif bergerak secara bebas di restoran terbabit dengan mencari pelanggan tempatan untuk mendapatkan tip.

"Tangkapan terdiri daripada sembilan warga Vietnam, Laos (3), Indonesia (2) dan Thailand (1).

"Wanita terbabit akan diberikan tip sekiranya menemani pelanggan minum atau berhibur, malah pelanggan juga dipercayai boleh membawa wanita terbabit keluar dengan nilai bayaran tertentu," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...KL/Sanggup-layan-nafsu-12-lelaki-dalam-sehari
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,184
Reaction score
3,175
Points
201

OPS Noda D7 Selangor, Tangkap 11 GRO Kedai Kopitiam
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,184
Reaction score
3,175
Points
201
24 wanita warga asing disyaki GRO ditahan


POLIS menahan 24 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Polis menahan 24 wanita warga asing disyaki pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Usahawan Kepong, di sini, malam tadi.

Tangkapan dalam serbuan pasukan dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman bermula jam 11.20 malam itu membabitkan 21 wanita warga Thailand, Laos (dua) dan Vietnam (seorang) berusia antara 22 hingga 32 tahun.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata polis turut menahan seorang wanita berusia 27 tahun yang mengurus jualan kalungan bunga dan mahkota untuk aktiviti hiburan.

Selain itu, beliau berkata, polis menangkap dua lelaki berusia 45 dan 36 tahun masing-masing pengurus premis dan penjaga kaunter, serta tiga lagi pekerja lelaki, termasuk pengawal di pusat hiburan terbabit.

“Premis yang diserbu itu beroperasi sejak dua tahun lalu di tingkat bawah deretan rumah kedai kawasan Kepong.

“Laluan masuk ke premis menggunakan pintu utama sahaja dan ada satu laluan pintu belakang dipercayai untuk melarikan diri.

“Ada kamera litar tertutup (CCTV) di pintu utama itu yang dijaga dan dikawal oleh pekerja premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,184
Reaction score
3,175
Points
201
Pelacuran: 10,002 wanita tempatan dan warga asing ditahan


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed pada sidang media harian Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. Turut kelihatan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) SAC Mior Faridalathrash Wahid (kiri) dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan / Perundangan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ACP R. Suparamaniam (kanan). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 10,002 wanita tempatan dan warga asing didapati terbabit dalam kegiatan pelacuran hasil operasi di tujuh negeri bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata serbuan dilakukan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak.



Beliau berkata, semua mereka termasuk warga Vietnam, China dan Thailand dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur.



Menurutnya, sebanyak 2,633 serbuan dilakukan di tujuh negeri dan Kuala Lumpur sepanjang tempoh itu membabitkan 1,686 premis bar, 802 pusat karaoke dan 145 kelab malam.



“Dalam operasi judi dalam talian pula, 7,591 individu ditahan menerusi 3,422 serbuan dilakukan di seluruh negara bagi tempoh sama,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.



Sementara itu, beliau berkata polis akan meneliti prosedur pemeriksaan ke atas individu yang masuk ke stadium susulan insiden membakar suar ketika perlawanan Malaysia-Indonesia pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.



Katanya, ini termasuk merujuk perkara itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).



“Kami polis memang ada wakil dalam jawatankuasa FAM dan perkara ini akan dirujuk kepada pihak terbabit,” katanya. – BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,184
Reaction score
3,175
Points
201
38 GRO asing ditahan



SERAMAI 38 warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Operasi Noda di sebuah pusat hiburan tidak berlesen di Jalan Perak, di Kuala Lumpur, hari ini.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang diketuai Pegawai Turus Bahagian D7 Kuala Lumpur Deputi Superintendan Ana Mohamed, jam 12.15 tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, hasil serbua, pihaknya menahan 38 GRO warga asing berusia antara 19 hingga 30 tahun dan enam lelaki yang bekerja di premis berkenaan.


“Mereka yang ditahan terdiri daripada 18 wanita warga Ukraine, 11 wanita warga Russia, tiga wanita warga Kazakhstan, tiga wanita warga Belarus serta masing-masing seorang wanita dari Jerman, Britain dan Thailand.

“Selain itu, kami turut menahan seorang lelaki tempatan yang juga pengurus, seorang lelaki warga Iran dan empat lelaki Bangladesh bekerja di premis itu.

“Pada masa sama, kami turut melakukan pemeriksaan terhadap lapan pelanggan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rusdi berkata, semua individu yang ditahan akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) akta sama.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan tidak bermoral dan diminta menghubungi Bilik Gerakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” katanya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register