Himpunan berita operasi pencegahan maksiat seluruh negara

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201

FOTO PDRM

SERAMAI 20 wanita warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga di enam buah premis ditahan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman, di sekitar kawasan Brickfields dan Wangsa Maju, semalam.

Mereka ditahan dalam serbuan serentak pada jam 9.30 malam semalam melalui Ops Noda di kedai kecantikan dan pusat refleksologi, yang menawarkan perkhidmatan seks oleh wanita warga asing.


Pegawai Operasi STAGG, Superintendan Mohd Shukri Abdullah, berkata pihaknya menahan 10 wanita warga Filipina, masing-masing empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China, berusia 20 hingga 38 tahun, yang bekerja sebagai tukang urut.

"Mereka dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar RM150 hingga RM200 setiap satu jam. "Perkhidmatan tukang urut ini juga boleh ditempah menggunakan aplikasi Wechat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/243321/20-pelacur-warga-asing-dicekup

Pesawat Airbus C295 singgah Malaysia


sebahagian wanita warga asing ditahan dalam Op Noda di sekitar Brickfields dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 8 Julai – Mena*warkan tempahan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat.

Itulah modus operandi beberapa rumah urut di sekitar Lembah Klang bagi mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar selepas Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman menggempur enam buah pre*mis dalam serbuan serentak menerusi Op Noda di sekitar kawasan Brickfields dan Wangsa Maju.


Sebanyak 20 warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam premis kecantikan dan pusat refleksologi itu.
Advertisement

Pegawai Operasi STAGG, Superintenden Mohd. Shukri Abdullah berkata, kesemua ditahan berusia antara 20 tahun hingga 38 tahun yang terdiri daripada 10 wanita warga Fi*lipina, empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China.

“Mereka dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar RM150 hingga RM200 setiap satu jam. Perkhid*matan tukang urut ini juga boleh ditempah menggunakan aplikasi WeChat.

“Enam lelaki warga tempatan berusia lingkungan 35 tahun hingga 45 tahun turut ditahan kerana menjaga dan bekerja di premis terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu menurut Mohd. Shukri, premis terbabit turut menggunakan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu masuk khas yang menggunakan alat kawalan jauh bagi tujuan pengawasan kehadiran polis, selain me*nyukarkan polis ketika serbuan dibuat.

“Pihak polis turut merampas wang tunai, salinan lesen perniagaan, buku catatan perniagaan serta beberapa peralatan yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan seks seperti tuala, kondom dan tisu,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jen...at-seks-melalui-wechat-1.500743#ixzz4mTnrXOjM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kawal pintu masuk

Kuala Lumpur: Sistem sensor dan alat kawalan jauh diguna pakai bagi mengawal pintu masuk khas ke sebuah premis pusat refleksologi yang menawarkan perkhidmatan seks wanita warga asing.

Itu antara langkah keselamatan digunakan sindiket pelacuran selain memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan premis.

Taktik digunakan enam premis di Brickfields dan Wangsa Maju, di sini, bagaimanapun gagal menghalang anggota Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman menyerbu premis itu serentak jam 9.30 malam kelmarin.


Hasilnya, seramai 20 wanita warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga dicekup dalam operasi itu.

Pegawai Operasi STAGG, Superintendan Mohd Shukri Abdullah berkata, pihaknya menahan 10 wanita warga Filipina, masing-masing empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China berusia 20 hingga 38 tahun yang bekerja sebagai tukang urut.

“Mereka dipercayai menawarkan khidmat seks pada harga antara RM150 hingga RM200 sejam.

“Perkhidmatan tukang urut ini juga boleh ditempah menggunakan aplikasi WeChat,” katanya semalam.

Mohd Shukri berkata, enam lelaki tempatan berusia 35 tahun hingga 45 tahun turut ditahan kerana menjaga dan bekerja di premis maksiat itu.

“Premis terbabit menggunakan sistem CCTV dan pintu masuk khas yang menggunakan alat kawalan jauh bagi tujuan pengawasan kehadiran polis selain menyukarkan polis ketika serbuan dilakukan.

“Kami juga menemui wang tunai, salinan lesen perniagaan, buku catatan perniagaan serta beberapa peralatan yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan seks seperti tuala, kondom dan tisu,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/07/243396/kawal-pintu-masuk
News 13/7/2017

STAGG selamatkan 19 hamba seks warga asing


PENGAWAI daripada Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman memeriksa bilik yang dijadikan tempat 'kurungan' wanita warga asing yang dieksploitasi menjadi pekerja seks dalam serbuan di sebuah pusat urut di bandar raya ini, malam tadi. - Foto Mohd Fahmi Mohd Yusof

JOHOR BAHRU: Seramai 19 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) diselamatkan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman, dalam serbuan serentak di tujuh premis pelacuran di bandar raya ini, malam tadi. Ketua operasi, Superintendan Mohd Shokri Abdullah, berkata dalam serbuan Op Noda bermula jam 7.50 malam itu, polis turut menahan 36 GRO warga asing dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

"Keseluruhan serbuan polis memeriksa 55 wanita warga asing terdiri daripada warga negara China, Vietnam dan Thailand, manakala kita berjaya menyelamatkan 19 wanita berusia antara 23 hingga 35 tahun. "Hasil risikan mendapati modus operandi digunakan premis adalah pelanggan boleh memilih GRO menggunakan aplikasi WeChat dengan bayaran antara RM150 hingga RM250," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Mohd Shokri berkata, operasi dijalankan STAGG Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor membabitkan kekuatan 15 pegawai dan 30 anggota. "Semua wanita yang diselamatkan sebelum ini dijanjikan pekerjaan sebagai tukang urut oleh majikan, namun dieksploitasi sebagai pekerja seks dan dikurung oleh majikan mereka.

"Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Akta Imigresen," katanya. Mohd Shokri berkata, semua yang ditahan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan untuk tindakan selanjutnya.


PENGAWAI daripada Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman memeriksa bilik yang dijadikan tempat "kurungan" wanita warga asing yang dieksploitasi menjadi pekerja seks dalam serbuan di sebuah pusat urut di bandar raya ini, malam tadi. - Foto Mohd Fahmi Mohd Yusof
Op Noda selamatkan 19 wanita


Anggota polis memeriksa dokumen wanita asing yang ditahan dalam Op Noda di tujuh premis sekitar Johor Bahru. - Foto Ihsan POLIS JOHOR

SERAMAI 19 wanita warga asing yang digunakan untuk perkhidmatan seks atau dijadikan tukang urut, diselamatkan polis dalam operasi di tujuh buah premis yang berselindung di sebalik kedai refleksologi atau pusat kecantikan sekitar Johor Bahru, semalam.

Op Noda oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor itu berjaya menyelamatkan 19 wanita warga asing berusia antara 20 hingga 35 tahun.


Ketua Operasi, Superintendan Mohd Shokri Abdullah berkata, dalam operasi bermula 7.45 malam itu, polis turut menahan 17 penjaga premis atau pekerja berusia antara 35 hingga 45 tahun selain tiga lelaki warga asing dan 44 wanita warga asing.

"Kita menahan dua lelaki warga China dan seorang Indonesia, manakala 21 wanita warga Vietnam, 18 warga China dan lima wanita Thailand yang semuanya berusia antara 20 hingga 38 tahun turut ditahan.

“Polis turut merampas pelbagai barangan, termasuk sembilan telefon, empat mesin mengira, jadual kerja, 28 tuala mandi, 10 minyak urut, 115 kondom, lima tisu, lima buku catatan perniagaan, lima alat kawalan jauh, lesen perniagaan dan wang tunai RM11,565," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55b dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor, Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 dan 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Operasi yang dijalankan itu membabitkan 17 pegawai dan 26 anggota polis.

Sumber:hmetro
 
Last edited:
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
E-Kad disalahguna untuk tujuan pelacuran


JABATAN Imigresen Putrajaya menahan warga asing yang salahguna e-kad untuk aktiviti pelacuran.

Kuala Lumpur: E-Kad disalahguna untuk tujuan pelacuran. Itu yang dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya ketika membuat serbuan ke atas sebuah hotel bajet di ibu kota yang menjadi lokasi pelacur ‘freelance’ dan pondan untuk mencari wang dengan cara mudah.

Dalam operasi itu, seramai dua pondan dan seorang wanita Vietnam yang mencari pelanggan melalui Wechat dicekup pada jam 6 petang kelmarin.


Dalam operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah JIM Putrajaya Mohd Yuzaiman Ahmad bersama sembilan anggota mengesan wanita Vietnam yang mencari pelanggan melalui media sosial didapati berdaftar dalam sektor perkhidmatan dan mempunyai E-Kad yang sah.

Bagaimanapun, kad berkenaan disalahgunakan untuk tujuan pelacuran, manakala dua pondan itu warga Thailand memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial.

Kesalahan itu disiasat mengikut Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1959/1963, manakala siasatan ke atas dua pondan berkenaan dibuat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Susulan tangkapan di hotel bajet di Bukit Bintang itu, sebuah rumah urut di Sentul pula diserbu sebelum tiga wanita Vietnam dan masing-masing seorang dari Laos dan Filipina yang berselindung di sebalik rumah urut tradisional untuk menjalankan aktiviti pelacuran dicekup.

Turut ditahan, seorang lelaki tempatan yang menjadi penjaga premis atas kesalahan menggajikan pendatang asing tanpa izin.

Semua mereka berusia 20-an hingga 40-an yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/07/243641/e-kad-menyetan
 
Last edited:

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191
RM150 x 7jam sehari...masyuk. kalo yg 5minit k.o pn dikira 1jam gak ke mcm mana ye? :-?
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,463
Reaction score
1,593
Points
596
kat mana pun ada

tak kene cekup lagi ja
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
585
Points
161
Pelacuran berleluasa di Malaysia pun masih ada kes buang anak.

Hairan sungguh. :-?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,351
Reaction score
10,301
Points
1,896
hantar balik la diorang kat negara masing masing
pemantauan kat seluruh pelusuk negara tu biar la ketat dan telus..


dibimbangi berulang balik kegiatan pelacuran ni kalau takde penguatkuasaan yg ketat
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
Tawar tempahan khidmat seks melalui WeChat


sebahagian wanita warga asing ditahan dalam Op Noda di sekitar Brickfields dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 8 Julai – Mena*warkan tempahan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat.

Itulah modus operandi beberapa rumah urut di sekitar Lembah Klang bagi mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar selepas Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman menggempur enam buah pre*mis dalam serbuan serentak menerusi Op Noda di sekitar kawasan Brickfields dan Wangsa Maju.


Sebanyak 20 warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam premis kecantikan dan pusat refleksologi itu.
Advertisement

Pegawai Operasi STAGG, Superintenden Mohd. Shukri Abdullah berkata, kesemua ditahan berusia antara 20 tahun hingga 38 tahun yang terdiri daripada 10 wanita warga Fi*lipina, empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China.

“Mereka dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar RM150 hingga RM200 setiap satu jam. Perkhid*matan tukang urut ini juga boleh ditempah menggunakan aplikasi WeChat.

“Enam lelaki warga tempatan berusia lingkungan 35 tahun hingga 45 tahun turut ditahan kerana menjaga dan bekerja di premis terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu menurut Mohd. Shukri, premis terbabit turut menggunakan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu masuk khas yang menggunakan alat kawalan jauh bagi tujuan pengawasan kehadiran polis, selain me*nyukarkan polis ketika serbuan dibuat.

“Pihak polis turut merampas wang tunai, salinan lesen perniagaan, buku catatan perniagaan serta beberapa peralatan yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan seks seperti tuala, kondom dan tisu,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jen...at-seks-melalui-wechat-1.500743#ixzz4mTnrXOjM
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,351
Reaction score
10,301
Points
1,896
Tawar tempahan khidmat seks melalui WeChat


KUALA LUMPUR 8 Julai – Mena*warkan tempahan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat.

Itulah modus operandi beberapa rumah urut di sekitar Lembah Klang bagi mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar selepas Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman menggempur enam buah pre*mis dalam serbuan serentak menerusi Op Noda di sekitar kawasan Brickfields dan Wangsa Maju.


Sebanyak 20 warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam premis kecantikan dan pusat refleksologi itu.
digempur pun pasni beroperasi balik, mcmana lahai...
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
Kawal pintu masuk

Kuala Lumpur: Sistem sensor dan alat kawalan jauh diguna pakai bagi mengawal pintu masuk khas ke sebuah premis pusat refleksologi yang menawarkan perkhidmatan seks wanita warga asing.

Itu antara langkah keselamatan digunakan sindiket pelacuran selain memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan premis.

Taktik digunakan enam premis di Brickfields dan Wangsa Maju, di sini, bagaimanapun gagal menghalang anggota Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman menyerbu premis itu serentak jam 9.30 malam kelmarin.


Hasilnya, seramai 20 wanita warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga dicekup dalam operasi itu.

Pegawai Operasi STAGG, Superintendan Mohd Shukri Abdullah berkata, pihaknya menahan 10 wanita warga Filipina, masing-masing empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China berusia 20 hingga 38 tahun yang bekerja sebagai tukang urut.

“Mereka dipercayai menawarkan khidmat seks pada harga antara RM150 hingga RM200 sejam.

“Perkhidmatan tukang urut ini juga boleh ditempah menggunakan aplikasi WeChat,” katanya semalam.

Mohd Shukri berkata, enam lelaki tempatan berusia 35 tahun hingga 45 tahun turut ditahan kerana menjaga dan bekerja di premis maksiat itu.

“Premis terbabit menggunakan sistem CCTV dan pintu masuk khas yang menggunakan alat kawalan jauh bagi tujuan pengawasan kehadiran polis selain menyukarkan polis ketika serbuan dilakukan.

“Kami juga menemui wang tunai, salinan lesen perniagaan, buku catatan perniagaan serta beberapa peralatan yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan seks seperti tuala, kondom dan tisu,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/07/243396/kawal-pintu-masuk
 
Sponsored Post
Top
Log in Register