BTC USD 36,039.9 Gold USD 1,842.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Hilang selepas terjun Sungai Klang

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,555
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,555
Reaction score
466
Points
91
Pada waktu sekarang, rakyat kena kawal emosi, jangan bertindak melulu ya

Hilang selepas terjun Sungai Klang
IMG_20211128_203140.jpg

Klang: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Klang dari jambatan berhampiran Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK), di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.47 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja bergegas ke lokasi.

"Menurut saksi, seorang lelaki berusia 20-an dilihat meninggalkan kereta Perodua Alza dipandunya di tepi jalan sebelum terjun ke sungai itu dari jambatan berkenaan.

"Gerakan mencari mangsa sedang dilakukan dan buat masa ini, pencarian dilakukan dalam radius lima kilometer (km) dari lokasi dia terjun.

"Seramai 10 anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Selangor turut ke lokasi bagi mengesan mangsa," katanya ketika dihubungi.

Gambar: Bomba

#HarianMetro
 
Sponsored Post

Hou-Ou

Active Member
Messages
1,191
Joined
Jun 13, 2021
Messages
1,191
Reaction score
447
Points
51
Teringat tahun lepas ada sorang Engineer TNB ..perempuan muda, bujang terjun sungai ni juga nak bunuh diri.

Tapi cepat2 berenang ke tepi sebab nampak buaya dlm sungai.

takut buaya..tak jadi bunuh diri.. :)






.....................

memang merisaukan bila Engineer TNB , gaji besar ni..muda dan bujang..perempuan pulak tu..stress sampai terjun sungai

suatu yg sgt membimbangkan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register