akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 57,652
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,652
- Reaction score
- 6,737
- Points
- 881
- Awards
- 1
[VIDEO] Hilang lebih seminggu lepas jumpa lelaki baru dikenali, wanita ditemukan meninggal dunia di Sarawak
Nurul Asikin (Kiri) dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang di Samajaya oleh seorang lelaki (kanan) setelah dilaporkan hilang lebih seminggu yang lalu pada Sabtu.
"BENAR kata pepatah, manusia lebih kejam dari binatang,".
Itulah luahan sayu saudara kepada Nurul Asikin Lan yang maut dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang di Samajaya, Tabuan Jaya dekat Kuching, Sarawak setelah dilaporkan hilang lebih seminggu yang lalu pada Sabtu.
Dakwa Satila Layla, sepupunya yang berusia 26 tahun tidak dapat dihubungi selepas keluar bersama lelaki yang baharu sahaja dikenalinya pada 5 Disember lalu.
Kehilangan Nurul Asikin dilaporkan kepada pihak polis selepas mereka tidak dapat menghubunginya sehingga mayatnya ditemui pada Sabtu.
Satila Layla turut memuat naik beberapa gambar lelaki berkenaan yang didakwa keluar bersama mangsa sebelum mayat mangsa ditemui di laman Facebook miliknya pada hari yang sama.
Sementara itu, memetik laporan iloveborneo berita tentang kehilangan mangsa telah dimuat naik oleh ahli keluarga wanita berkenaan di laman Facebook berserta maklumat berhubung lelaki yang dijumpainya.
Telefon bimbit mangsa juga tidak dapat dihubungi sejak malam kehilangan dan keluarga mangsa cuba menghubungi lelaki tersebut namun disekat.
Malah, lelaki tersebut juga dilaporkan telah terbang ke Kemboja, kononnya bagi menyaksikan perlawanan pasukan Harimau Malaya menentang Kemboja di negara tersebut.
Namun, perjalanannya ke sana tidak ditemani oleh mangsa, menyebabkan keberadaan mangsa menjadi tanda tanya besar.
Mayat mangsa didakwa ditemui di kawasan berhampiran Samajaya.
Kes masih dalam siasatan polis dan masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Majoriti juga sedang cuba untuk menghubungi keluarga mangsa untuk mendapatkan maklumat lanjut. — Majoriti
majoriti.com.my

[VIDEO] Hilang lebih seminggu lepas jumpa lelaki baru dikenali, wanita ditemukan mereput dalam longkang di Sarawak
KEHILANGAN Nurul Asikin dilaporkan kepada pihak polis selepas mereka tidak dapat menghubunginya sehingga mayatnya ditemui pada Sabtu.