BTC USD 42,288.3 Gold USD 1,778.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Hilang kawalan punca pelanggaran kapal di Perairan Muar, Johor

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,380
Reaction score
398
Points
91
FB_IMG_1625989082372.jpg
FB_IMG_1625989085261.jpg
FB_IMG_1625989087514.jpg
FB_IMG_1625989089619.jpg
FB_IMG_1625989092148.jpg

𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗔𝗥

𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗥𝗨, 𝟭𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 - Kegagalan sistem kemudi disyaki menjadi punca berlakunya pelanggaran dua buah kapal di perairan Muar tengah malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata kapal MT Galapagos yang berdaftar dari Malta dilaporkan telah mengalami kegagalan sistem kemudi dan telah bergerak ke kanan sehingga menghalang laluan kapal MV Zephyr Lumos yang sedang memotong MT Galapagos itu.

MV Zephyr Lumos yang berdaftar dari Great Britain telah gagal untuk mengelak himpitan daripada MT Galapagos dan berlaku pelanggaran di sisi kanan kapal.

MV Zephyr Lumos membawa muatan kargo dalam pelayaran ke Terusan Suez dan dilaporkan telah terlanggar kapal MT Galapagos yang dalam pelayaran ke India di kedudukan 14.1 batu nautika barat daya Kuala Sungai Muar. Kru kedua-dua kapal dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal oleh Bot Kilat Maritim Negeri Johor ke atas kerosakan badan MT Galapagos mendapati terdapat tompokan tumpahan minyak.

Kini kedua-dua kapal terbabit ditahan bagi membantu siasatan lanjut oleh Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

#MalaysiaCoastGuard
#MaritimMalaysia
#MaritimeNation
#KDN_TogetherWeAreOne
#WeTakeItSeriously

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
 
Sponsored Post

akukuli

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,809
Reaction score
265
Points
56
Ui kuatnye kapal kecik tu langgar

Xde kesan pn kt dia

Mai god
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,338
Reaction score
15,006
Points
2,376
MARITIM | Kegagalan Sistem Kemudi Punca Pelanggaran Kapal

Kegagalan sistem kemudi disyaki menjadi punca berlakunya pelanggaran dua buah kapal dagang di perairan Muar, Johor.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register