BTC USD 47,184.6 Gold USD 1,753.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Hilang kawalan di selekoh, pekerja kilang maut digilis lori

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,324
Reaction score
397
Points
91
FB_IMG_1627200570590.jpg

HILANG KAWALAN DI SELEKOH, PEKERJA KILANG MAUT DIGILIS LORI

KOTA TINGGI - Seorang pekerja kilang meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori di Jalan Cempaka Blok B5, Felda Air Tawar 4, semalam.

Dalam kejadian jam 12.16 tengah hari itu, motosikal ditunggang Mohamad Amirul Kasni, 28, hilang kawalan semasa melalui selekoh dan melanggar bahagian tengah lori tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, mangsa terjatuh dan kepalanya digilis tayar belakang sebelah kanan lori berkenaan.

"Mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Semasa kejadian mangsa baru selesai membeli barangan di kedai runcit Felda Air Tawar 4 dan ingin pulang ke rumahnya, manakala lori berkenaan datang dari arah dalam perjalanan dari kebun kelapa sawit ke stor simpanan Felda Air Tawar 4.

Pemandu lori berkenaan, Sahrul Misri, 35, tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register