BTC USD 34,111.7 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hilali tabah peluk Islam -Ayah Di Bunuh Kerana Anak Memeluk Islam

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
Hilali Sibomana, 30, anak kelahiran Burundy, Afrika, tetap tekad untuk memeluk agama Islam walaupun bapanya, Yanduzo Bangirichenga mati disembelih di negara kelahirannya itu kerana merestui hasratnya untuk memeluk agama Islam.

Hilali yang fasih berbahasa Inggeris menceritakan kepada wartawan bagaimana bapanya menjadi korban pihak yang cuba menghalangnya daripada meneruskan niat murninya itu.

Saya tidak mendapat hidayah seperti mana rakanrakan saudara baru lain yang memeluk agama Islam tetapi pintu hati saya terbuka untuk memeluk agama yang syumul ini setelah saya membuat banyak perbincangan dan perbandingan di antara al-Quran dan Kitab [UTF-8?]Injil, katanya pada sidang akhbar di Pusat Hidayah, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di sini, semalam.

Sidang akhbar itu diadakan bagi menguaruarkan kepada orang ramai supaya tampil memberi sumbangan sama ada membeli kerusi atau meja bagi menjayakan majlis berbuka puasa untuk saudara baru pada 20 September ini.

Hilali berkata, sebelum memeluk agama Islam, beliau adalah penyebar agama Kristian di Burundy.

Justeru, beliau memberitahu, setelah mengenali Islam menerusi perbandingan dan persamaan yang ada di dalam kedua-dua kitab, akhirnya Allah menggerakkan hatinya berhasrat untuk memeluk agama Islam.

Beliau berkata, sebagai anak tunggal, hasratnya itu dinyatakan kepada kedua-dua ibu bapanya dengan penjelasan bahawa Islam adalah agama yang benar dan membawa kepada kebenaran.

Ketika saya nyatakan hasrat saya itu, ayah yang merupakan penganut agama Kristian, tidak membantah sebaliknya dia [UTF-8?]bersetuju, katanya yang datang ke Malaysia sendirian pada November 2003.

Disebabkan dia (ayah) memberi kebenaran kepada saya untuk menjadi seorang Islam maka dia dibunuh tetapi saya tidak tahu apa pula nasib [UTF-8?]ibu, katanya yang bakal melanjutkan pelajaran ke New Zealand tidak lama lagi.

 
Sponsored Post

ladyboss

Active Member
Joined
Nov 28, 2006
Messages
2,078
Reaction score
2
Points
25
kesian...kalaulah ayah dia sudah mendapat hidayah....
 

kambing gurun

Active+ Member
Joined
Mar 23, 2008
Messages
3,252
Reaction score
1
Points
25
1 lg bukti cara musuh islam menguasai & mengekang pengaruhnya..
 

sosazr

Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,423
Reaction score
0
Points
20
Seperti kisah para sahabat pulak...
 

tycocool85

Fun Poster
Joined
Aug 31, 2008
Messages
171
Reaction score
18
Points
15
akn datang mcm2 agenda akn dibuat musuh islam untuk mghalang smue ni..
kte harus bersedia...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register