Hijjaz Legend Travel And Tours Diarah Bayar RM24,000 Kepada Enam Pelanggan

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Hijjaz Legend Travel And Tours Diarah Bayar RM24,000 Kepada Enam Pelanggan

ALOR SETAR, 22 Nov (Bernama) -- Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) hari ini mengarahkan agensi Hijjaz Legend Travel and Tours Sdn Bhd membayar RM24,000 kepada enam orang bakal jemaah umrah setelah agensi itu membatalkan pakej umrah mereka.

Presiden TTPM Datuk Abu Bakar Awang mengarahkan agensi itu membayar RM4,000 setiap seorang selewat-lewatnya 30 Dis ini selepas mendengar keterangan pihak penuntut dan pihak penentang, dan jika pihak penentang gagal berbuat demikian, kes itu akan dirujuk ke bahagian penguatkuasa.

Dalam pendengaran kes itu, seorang penuntut Zahri Hassan, 53, yang mewakili lima lagi penuntut membuat tuntutan itu selepas agensi itu membatalkan pakej umrah dengan alasan hotel yang bakal menjadi tempat penginapan di Mekah telah runtuh.

"Kami tidak kisah jika pakej itu dibatalkan, tetapi apa yang menyebabkan kami terkilan ialah agensi itu tidak memulangkan semula wang yang kami bayar untuk melaksanakan ibadah umrah," katanya.

Zahri, yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan lima lagi penuntut, berkata mereka membayar sebanyak RM4,000 setiap seorang pada bulan Julai tahun lepas untuk menunaikan ibadah umrah pada Mac tahun ini.

"Tetapi kami diberitahu oleh wakil agensi itu bahawa pakej itu ditangguhkan dan pada 26 Mac tahun ini, wakil tersebut memberitahu bahawa pakej itu dibatalkan dan wang akan dipulangkan pada Jun lepas.

"Tetapi sampai hari ini kami masih belum mendapat semula wang yang kami bayar untuk mengikuti pakej itu," kata Zahri.

Sementara itu, wakil agensi itu meminta pihak tribunal memberi tempoh sehingga bulan Jun tahun hadapan kerana mereka mahu mengumpul dana untuk membayar semula kepada semua peserta terlibat, tetapi ditolak oleh Abu Bakar.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

Zul34

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
14
Points
65
hijjaz pun scam ke, hapelah....
 

Aqua-man

Legendary Member
Joined
Nov 8, 2009
Messages
11,415
Reaction score
8
Points
115
Hijjaz Legend Travel And Tours Diarah Bayar RM24,000 Kepada Enam Pelanggan

"Kami tidak kisah jika pakej itu dibatalkan, tetapi apa yang menyebabkan kami terkilan ialah agensi itu tidak memulangkan semula wang yang kami bayar untuk melaksanakan ibadah umrah," katanya.
Zahri, yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan lima lagi penuntut, berkata mereka membayar sebanyak RM4,000 setiap seorang pada bulan Julai tahun lepas untuk menunaikan ibadah umrah pada Mac tahun ini.
"Tetapi kami diberitahu oleh wakil agensi itu bahawa pakej itu ditangguhkan dan pada 26 Mac tahun ini, wakil tersebut memberitahu bahawa pakej itu dibatalkan dan wang akan dipulangkan pada Jun lepas.
"Tetapi sampai hari ini kami masih belum mendapat semula wang yang kami bayar untuk mengikuti pakej itu," kata Zahri.
Sementara itu, wakil agensi itu meminta pihak tribunal memberi tempoh sehingga bulan Jun tahun hadapan kerana mereka mahu mengumpul dana untuk membayar semula kepada semua peserta terlibat, tetapi ditolak oleh Abu Bakar.

-- BERNAMA
amik duet cepat aje tapi nak pulangkan kono mahkamah suruh baru nak ikut... apo punyo turr daa...
 

mr_gab

Active Member
Joined
May 20, 2010
Messages
1,301
Reaction score
0
Points
20
cara bizniz yg xberkualiti........
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
amik duet cepat aje tapi nak pulangkan kono mahkamah suruh baru nak ikut... apo punyo turr daa...
heran.. kalau diorang tak jadi pergi, semestinya duit tu tak di gunakan lagi. apa diorang buat dgn duit tu?

hhmm... bab amal ibadat pun kena scam...
 

joebanano

Junior Member
Joined
Mar 6, 2010
Messages
95
Reaction score
0
Points
6
ni syarikat kumpulan hijaz yg nasyid tu ka atau kebetulan ja nama sama huhu
 

aris

Active+ Member
Joined
Feb 8, 2008
Messages
3,400
Reaction score
3
Points
25
apa da hijazz ni....nak batal...batal la....duit org kasi pulang la...
 

mohdradzi

Active Member
Joined
Oct 10, 2007
Messages
1,104
Reaction score
132
Points
33
aku rasa ... ada benda yg tak kena kat sini ... mungkin orang lain yg uruskan dan pakai nama Syarikat ini ... aku pun pernah dengar kes macam ini...

.. tiada kenyataan rasmi dari pihak Hijaz ker...?
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
amik duet cepat aje tapi nak pulangkan kono mahkamah suruh baru nak ikut... apo punyo turr daa...
tu pun nak mintak tangguh lagi sampai taon depan,
ape da...
dah tak jadi tu pulang je la duitnye,
apsal diguna ke tempat lain lak.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register