BTC USD 23,574.0 Gold USD 1,915.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hidup tertekan angkara bekas menantu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Gara-gara berdendam dengan bapa mentua dan bekas isterinya, seorang penjual ikan bertindak menggunakan alamat rumah dua beranak itu untuk meminjam ah long hingga menyusahkan kehidupan mereka.

Puah Kim Huat, 59, dan anak perempuannya, Puah Siang Peng, 32, kini hidup dalam tertekan dan malu kepada jiran-jiran ekoran rumah dan dua buah kereta mereka disimbah cat merah dan hitam yang disyaki dilakukan oleh ah long.

Katanya, dia yang tidak pernah membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana ah long dikejutkan dengan 10 panggilan memintanya melangsaikan hutang yang dibuat oleh bekas menantunya itu Ogos lalu.

"Saya berkeras tidak mahu melangsaikan hutang itu kerana dia dan anak saya telah berpisah sejak setahun lalu dan terputus hubungan sejak itu.

"Mulanya saya sangka ia tidak ada apa-apa tetapi pada 20 September lalu segala-galanya berubah apabila dua buah kereta milik keluarga saya iaitu Proton Wira dan Toyota Avanza telah dilempar dengan cat merah,'' katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di Jalan Ampang di sini semalam.

Tambahnya, selepas mengeluarkan belanja hampir RM5,000 untuk membaiki kerosakan itu, dia kemudiannya telah menutup keretanya dengan kain kanvas untuk mengelakkan kejadian itu berulang.

Menurut Kim Huat, sebulan selepas itu, rumah mereka di Setapak sekali lagi diserang dan dilempar dengan cat hitam dan merah menyebabkannya malu kepada jiran sekeliling yang menyangka mereka berhutang dengan ah long.

Pilih lipih menantu terpilih anak hantu

:mad:
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register