'Hidup' semula selepas dibunuh, rayu suami dilepaskan

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,308
Reaction score
174
Points
33
GAMBAR Hiasan


Beijing: Seorang wanita di China yang disangka mati, 'bangkit' membela nasib suami yang didakwa 'membunuhnya'.

Kekeliruan timbul apabila lelaki itu, Wang dari Xuyi, wilayah Jiangsu di timur China menyerah diri kepada polis dengan membawa 'mayat' isterinya itu selepas mendakwa menyebabkan kematian wanita itu.

Namun, apa yang mengejutkan wanita itu kembali hidup setibanya di balai polis berkenaan.

Dia sebaliknya merayu kepada polis menarik kes dan tidak mendakwa suaminya kerana yakin lelaki itu tidak berniat 'membunuhnya'.

Malah, dia turut menjelaskan kepada polis, penyakit dialaminya, hipoglisemia membuatkannya pengsan.

Katanya, ketika dia pengsan, suaminya cuba menahannya daripada jatuh.

Bagaimanapun rayuan wanita itu tidak berjaya, apabila Wang baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana melakukan 'pembunuhan' itu dengan sengaja.

Dilaporkan Global Times, pasangan itu kerap bertengkar kerana masalah kewangan teruk dialami mereka.

Laporan juga menyebut, Wang menderita penderaan dan keganasan rumah tangga daripada isterinya dalam tempoh lama.

Pada 5 Februari lalu, Wang mendakwa menjerut leher isterinya dengan wayar di rumah mereka.

Beberapa saat selepas itu, dia mendapati isterinya tidak bernyawa dan membawa 'mayat' wanita itu menggunakan kenderaan roda tiga elektrik ke balai polis.


== hmetro
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,395
Reaction score
1,876
Points
201
Mungkin dia bergantung rejeki pd laki dia kot..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,965
Reaction score
21,122
Points
1,671
btol die bgantung harap kt laki tu

kena pukul pun xpe
 

exjockerxx

Fun Poster
Joined
Jan 6, 2011
Messages
204
Reaction score
21
Points
15
btol die bgantung harap kt laki tu

kena pukul pun xpe
Aik, aku salah baca ka? :unsure:
Yg aku baca la suami yg kena dera bukan si istri.

Ni ha aku copy paste ayat dia:

"Laporan juga menyebut, Wang menderita penderaan dan keganasan rumah tangga daripada isterinya dalam tempoh lama."
 

d1-trg

Fun Poster
Joined
Dec 20, 2014
Messages
323
Reaction score
45
Points
30
wang yg mengalami masalah kewangan, ish ish :cautious:
 

Lobey

Active+ Member
Joined
Feb 25, 2008
Messages
4,273
Reaction score
102
Points
43
ore tino ni buat la mcm mana pun dia ttp sayang pada suami. cuma jangan minta nk nikoh lain jer.
 

exjockerxx

Fun Poster
Joined
Jan 6, 2011
Messages
204
Reaction score
21
Points
15
ore tino ni buat la mcm mana pun dia ttp sayang pada suami. cuma jangan minta nk nikoh lain jer.
Aik..... Betol ka dia sayang suami? Ko baca tak berita tu?????

Ni aku copy ayat kat atas tu.
"Laporan juga menyebut, Wang menderita penderaan dan keganasan rumah tangga daripada isterinya dalam tempoh lama."

Kalo betol lah bini sayang suami dia tak buat gitu.... Laki metal dah koyak xtahan menderita tu yang dia nk bubuh bini tu.

"Pada 5 Februari lalu, Wang mendakwa menjerut leher isterinya dengan wayar di rumah mereka"
 

rockstar

Active+ Member
Joined
Jan 7, 2007
Messages
4,829
Reaction score
33
Points
30
isteri dera suami chor.....mmg penin la berite nih..... :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register