Hidup Kita Cuma....

CG Sponsors




BizClub

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2005
Messages
7,034
Reaction score
157
Points
78
"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALLAH.
Hidup dalam kemurkaan ALLAH.

HIDUP KITA CUMA ADA DUA JALAN :
Jalan yang mendapat petunjuk dan keredhaan dari ALLAH
Jalan yang penuh dengan kegelapan tanpa petunjuk dan hidayah dari ALLAH (jalan kesesatan)

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita... Sekurang- kurangnya ALLAH telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALLAH dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALLAH meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera setiasa... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALLAH SubhanALLAH Wa Taala


:(:(.....
 
Sponsored Post

BizClub

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2005
Messages
7,034
Reaction score
157
Points
78
bump skit...malam ni rajin lak aku.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register