Hidup janda musnah gara-gara ketagih main Candy Crush

Recommended Brokers


TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,591
Reaction score
20,696
Points
1,661



Permainan mudah alih Candy Crush memerlukan pemain menyusun objek warna sama untuk mara ke peringkat seterusnya.
LANCASHIRE, Britain – Kehidupan normal seorang ibu tunggal musnah gara-gara dia ketagih bermain permainan dalam talian Candy Crush.

Natasha, 34, dari Fleetwood di sini mengaku bermain Candy Crush selama 18 jam sehari selepas tertarik dengan ajakan rakannya di Facebook untuk bermain permainan itu kira-kira empat tahun lalu.

Katanya, ketagihan itu menyebabkan dia kehilangan teman lelaki, dibuang kerja di sebuah gedung beli-belah dan berhutang ribuan pound selain gagal meluangkan masa untuk anaknya, Taylor.

“Permainan itu memecah-belah keluarga kami dan memisahkan bapa kepada anak lelaki saya tetapi saya masih gagal mengatasi ketagihan ini,” katanya yang kini menjalani rawatan psikologi untuk mengubati ketagihan itu.

Natasha menganggarkan dia berbelanja purata £400 (RM2,180) sebulan untuk membeli data mudah alih tambahan dan akses dalam permainan itu.

“Saya telah berbelanja lebih £5,000 (RM27,200) untuk Candy Crush dan masih mempunyai baki hutang kad kredit lebih £3,000 (RM16,300),” jelasnya. – Agensi


http://www.kosmo.com.my/dunia/wanita-bermain-permainan-candy-crush-18-jam-sehari-1.591033
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,038
Reaction score
5,770
Points
1,346
kalau dah sampai tahap ketagih tu yg bahaya...
 

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
16,649
Reaction score
2,667
Points
201
kan boleh guna cheat....hheheheh...
 

agen14

Super Active Member
Joined
Nov 21, 2009
Messages
8,819
Reaction score
70
Points
75
belanja apa sampai rm27k ni?
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,134
Reaction score
3,675
Points
191
biasa sy tgk org tua2 dan makcik2 je suka main candy crush ni..
ada sorg towkey kedai makan sebelah premis saya...nk order makan kalo time dia tgh main game ni..sampai lutut moncong nye..

takziah..lain kali main mmo..join komuniti..lagi komuniti player luar..mmg aktif
mana yg baik kalo kita susah pn kadang drg tolong..atleast bg nasihat..dh mcm sedara..
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,609
Reaction score
907
Points
161
18jam sehari..tak agak2 dok ngadap henpon je..
 

Zulkarnine

Super Active Member
Joined
May 30, 2007
Messages
7,500
Reaction score
117
Points
73
Candy Crush ni kalori tinggi....
Bahaya kalau amalkan pengambilan gula berlebihan...apatah lagi sampai ketagih candy crush... sedap sangat ke?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register