- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,520
- Reaction score
- 426
- Points
- 531
GEORGETOWN: “Saya melakukan perkara terkutuk ini sekadar mengisi masa lapang setiap hujung minggu selain mahu mencari wang lebih untuk berhibur,” kata seorang gadis yang mendakwa sanggup menjadi mangsa lelaki demi wang.
Pengakuan itu dibuat gadis dikenali sebagai Ain (bukan nama sebenar), 20-an berasal dari Kota Bahru, Kelantan dan bekerja sebagai jurujual, sebuah syarikat swasta di Gelugor di sini.
Ain berkata, dia menetap di negeri ini sejak empat tahun lalu dan terjebak dengan kegiatan maksiat bermula setahun lalu kerana leka dengan nikmat dunia akibat dilimpahi wang.
Menurutnya, kegiatan itu dilakukan secara sulit supaya tidak dapat dihidu pihak berkuasa, malah urus niaga dilakukan dengan penuh hati-hati melalui seorang rakan lelaki sebagai ‘orang tengah’.
Katanya, dia tidak perlu menawarkan diri untuk dilanggani sebaliknya akan pergi berhibur dengan rakan di pusat hiburan sekitar pusat bandar terutama pada hujung minggu sebelum bertemu pelanggan.
“Apabila berada di pusat hiburan, saya akan diperkenalkan kepada pelanggan ‘hidung belang’ yang datang dari luar terutama kenalan rakan lelaki sebelum berhibur dengan mereka.
“Ketika berhibur sambil menikmati minuman keras pasti pelanggan akan mabuk sebelum saya mula memasukkan ‘jarum’ dan pada waktu itulah tawaran untuk ‘game’ (hubungan seks) akan bermula.
“Tawaran untuk setiap perkhidmatan sekitar RM150 hingga RM200 dan setiap pelanggan akan bersetuju kerana mereka mabuk akibat berada di bawah pengaruh akhohol,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Ain berkata, setiap pergerakan diatur rapi supaya tidak tersalah langkah kerana bimbang akan terperangkap dengan serbuan pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) mahupun polis.
Katanya, dia hanya memilih bilik hotel bertaraf tiga atau empat bintang untuk aktiviti maksiat itu tetapi tidak menolak tawaran ke hotel bertaraf lima bintang jika dipelawa pelanggan.
“Kegiatan ini sudah dilakukan sejak setahun lalu secara sambilan dan ‘suka-suka’, namun lama-kelamaan timbul seronok apabila mampu meraih pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan.
“Saya puas dengan apa yang dilakukan sekarang dan masa terluang banyak dihabiskan bersama rakan di pusat hiburan antara tiga hingga empat kali seminggu,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaipp, Jaafar Ismail, berkata pihaknya menasihati gadis berkenaan kembali ke pangkal jalan dengan mendekatkan diri kepada ajaran agama.
Jaafar berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung dakwaan berkenaan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan serius.
Katanya, individu berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21 dan 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan melacurkan diri dan mengalakkan maksiat.