BTC USD 28,099.4 Gold USD 1,940.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hidangan RM10 seorang

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Hasfahlinda (dua, kanan) menunjukkan sebahagian set hidangan ditawarkan ‘Incredible Meals’ yang boleh didapati di semua rangkaian Domino’s Pizza, Isnin ini.


DOMINO'S Pizza Malaysia melancarkan hidangan ‘Incredible Meals’ versi baharu dengan tawaran harga lebih jimat dan pelanggan juga berpeluang mendapat baucer pizza percuma (Free Personal Pizza Voucher), bernilai RM11.80.Pengurus Kanan Pemasaran, Domino’s Malaysia dan Singapura, Hasfahlinda Hassan berkata, hidangan ‘Incredible Meals’ kembali pada 27 Oktober ini di semua rangkaian Domino’s Pizza kerana sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini.

“Kami menjangkakan, jualan hidangan ‘Incredible Meals’meningkat empat kali ganda daripada versi sebelum ini kerana adanya tawaran baucer yang hebat dan banyak pilihan makanan, sekali gus menyumbang pertumbuhan jualan dua angka kepada syarikat,” katanya pada
Majlis Penyampaian Hadiah sempena Peraduan ‘Eat, Drink and Win a Car Contest’, di Shah Alam, semalam.Hasfahlinda berkata, ‘Incredible Meals’ ditawarkan dengan lima pilihan hidangan untuk empat hingga 15 orang dengan harga serendah RM10 setiap orang, sama ada dibeli di rangkaian Domino’s Pizza, secara penghantaran mahupun dibawa pulang.Katanya, menerusi set ‘Incredible Meals’ versi baharu itu, pelanggan boleh berjimat antara RM23.20 hingga RM85.40.Pelanggan ‘Incredible Meals’boleh menikmati tambahan minuman dengan tawaran penjimatan sehingga RM2 dan pilihan menu sampingan seperti ‘Crazy Chicken Crunchies’ perisa asli atau Tomyam, ‘Chicken Wings’ dan ‘Roasted Chicken Drummet’.

Pada majlis itu, Chee Hin Kiat diumumkan sebagai pemenang peraduan ‘Eat, Drink and Win a Car Contest’ yang dianjurkan Domino’s Pizza pada 8 September hingga 19 Oktober lalu dan beliau membawa pulang sebuah kereta Honda Jazz 1.5L S.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register