TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mengesahkan empat unit sajian wad hospital di Negeri Pahang telah disahkan halal sekali gus memberi jaminan bahawa semua hidangan yang dihidangkan kepada pesakit dalam wad adalah halal
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, unit sajian Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh merupakan unit sajian pertama yang berjaya dianugerahkan sijil halal empat tahun lalu
Menurutnya, kejayaan wad Hoshas menjadi mercu tanda atau contoh kepada hospital lain di negeri ini untuk turut memohon sijil halal
“Sehingga ini empat hospital di negeri ini telah dianugerahkan sijil halal bagi penyediaan makanan yang disahkan di wad
“Antara hospital lain yang turut berjaya mendapatkan sijil halal adalah Hospital Jerantut, Hospital Rompin dan Hospital Muadzam Shah,’ katanya
Noridzuan berkata, Jaip akan meneruskan kerjasama dgn Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sehingga semua wad hospital di negeri ini berjaya mendapatkan sijil halal, seterusnya memberi manfaat kepada pesakit yg tinggal di wad
“Buat masa ini semua unit sajian di hospital seluruh negeri telah diberi latihan secara khusus sebagai persediaan untuk memohon sijil halal termasuk Latihan Sistem e- halal
“Jaip dan Jabatan Kesihatan Negeri telah menjalinkan kerjasama erat untuk memastikan semua unit sajian hospital disahkan halal,” katanya
Tambahnya, Jaip berpendapat tidak ada kekangan besar kepada semua hospital untuk mendapatkan sijil halal kerana semua unit sajian telah mendapat sijil jaminan keselamatan makanan dari pihak kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Negeri
“Pihak hospital hanya perlu memastikan sumber ramuan yang digunakan untuk penyediaan makanan, adalah disahkan halal. Terutama sumber ayam dan beberapa ramuan lain yang digunakan,” katanya