BTC USD 103,195 Gold USD 3,243.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Heroin Harry Potter malu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
LONDON - Aktres remaja popular, Emma Watson berkata, dia malu berpakaian seksi atau memakai sesuatu yang terlalu mendedahkan tubuh badannya, lapor sebuah akhbar semalam.

"Saya berpendapat pandangan orang ramai berhubung konsep seksi itu adalah memalukan dan mengelirukan," katanya.

"Saya tahu ramai peminat mahu melihat saya berpakaian seksi tetapi itu bukan diri saya dan saya tidak selesa berpakaian seperti itu ," ujarnya.

Watson, 18, yang popular dengan siri filem Harry Potter berkata, seseorang itu tidak seksi sekiranya berpakaian singkat dan mendedahkan sebahagian tubuh badan.

"Secara peribadi saya tidak berpendapat imej berkenaan adalah seksi.

"Bagi saya seseorang itu dikatakan seksi sekiranya kurang mendedahkan tubuh badannya kerana ia akan membuatkan orang ramai lebih tertanya-tanya," jelasnya.

Watson juga memberitahu bahawa dia tidak suka berparti atau mengambil minuman keras walaupun dia dibenarkan berbuat demikian di sisi undang-undang.

"Saya tidak tertarik pada parti atau dadah dan saya juga tidak suka sekiranya berada dalam keadaan mabuk," ujarnya.

"Walaupun saya dibenarkan berbuat demikian (mengambil minuman keras) setelah berumur 18 tahun tetapi itu bukannya yang saya mahukan dalam kehidupan ini," katanya. - Agensi
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register