BTC USD 50,123.5 Gold USD 1,823.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hero dunia Arab ditawar kahwin

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KAHERAH - Tindakan seorang wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi membaling dua kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menyebabkan dia mendapat tawaran perkahwinan dari Mesir.

Seorang lelaki Mesir, Saad Gumaa kelmarin menawarkan seorang anak perempuannya yang berumur 20 tahun untuk berkahwin dengan Muntazer yang membaling kasut ke arah Bush pada Ahad lalu di Baghdad.

Anak Saad, Amal berkata, dia bersetuju dengan cadangan itu dan menganggapnya sebagai satu penghargaan terhadapnya.

"Saya mahu tinggal di Iraq, lebih-lebih lagi jika saya berkahwin dengan seorang hero," katanya.

Gadis itu merupakan pelajar di fakulti media di Universiti Minya tengah Mesir.

Saad memberitahu bahawa dia sudah menghubungi abang Muntazer, Dergham berhubung tawaran itu.

"Saya tidak mempunyai barangan yang lebih berharga melainkan anak saya untuk diberikan kepada Muntazer dan saya juga bersedia untuk perkahwinan itu," katanya.

Bagaimanapun, keluarga Muntazer masih belum memberi sebarang jawapan berhubung tawaran lelaki tersebut.

Muntazer, 29, ditahan selepas melemparkan dua kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad pada Ahad lalu.

Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.

Tindakan itu menobatkan dia sebagai hero oleh warga Arab yang kebanyakannya membenci Bush kerana menyerang Iraq pada 2003.

Dia membaling kasut bagi mewakili keluarga yang kehilangan orang tersayang selepas AS menyerang Iraq pada 2003 sehingga menyebabkan beribu-ribu rakyat tidak berdosa terkorban. - Agensi

jangan tengah kawin orang lak baling kasut dah ler....
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Macam2 hal lah...
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
hero top poster CG tak dapat tawaran ke....
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,364
Reaction score
2,098
Points
206
bukan hero arab tp dunia dah
 

a222

Fun Poster
Joined
Nov 1, 2008
Messages
124
Reaction score
13
Points
15
Kasut untuk Bush.

Akum Boss. Apa kata kalau dia jadi kawin CG buat gath utk celebrate sama2. Kat gath tu buat satu replika Bush dan semua org yg datang kna bawa sepasang atau lebih kasut buruk (yg berbau kuat lagi baik) utk di baling kat replika Bush itu. Pas tu amik video dan anta kat 'Ripleys believe it or not' atau AXN ke. ha ha. Just my crazy idea.
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
baling kasut kat bush punyer pasal terus dapat offer kawin tuh...

besar sungguh ketentuan illahi...
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Akum Boss. Apa kata kalau dia jadi kawin CG buat gath utk celebrate sama2. Kat gath tu buat satu replika Bush dan semua org yg datang kna bawa sepasang atau lebih kasut buruk (yg berbau kuat lagi baik) utk di baling kat replika Bush itu. Pas tu amik video dan anta kat 'Ripleys believe it or not' atau AXN ke. ha ha. Just my crazy idea.

warga CG masih waras lagi...:))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register