Herald setuju berhenti guna nama allah

CG Sponsors

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
Jan 12, 2010
HERALD SETUJU BERHENTI GUNA NAMA ALLAH
KUALA LUMPUR: Mulai Ahad lalu, Herald-The Catholic Weekly tidak lagi menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya bagi meredakan perasaan marah umat Islam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 31 Disember lalu yang mengisytiharkan kalimah Allah bukan eksklusif kepada Islam saja.

Editor majalah itu, Reverend Lawrence Andrew, berkata keputusan itu dibuat pada 4 Januari lalu, didorong atas rasa tanggungjawab untuk menjamin keamanan negara dan kesejahteraan serta keharmonian rakyat berbilang bangsa.

"Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membuat keputusan itu. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku kebelakangan ini (tindakan membakar gereja), saya berasa tindakan kami boleh membantu untuk mengurangkan ketegangan dalam negara.

"Keputusan itu juga dengan mengambil kira sebarang huru hara boleh mengakibatkan rakyat terutama di kalangan miskin menanggung beban, selain menjejaskan ekonomi negara apabila pelabur bertindak untuk tidak meneruskan urus niaga mereka di sini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Isu penggunaan kalimah Allah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam untuk menggunakan kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly.

Lau juga memutuskan Herald punyai hak dari segi perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu bagi menyebarkan agama Kristian kepada penganutnya.

Bagaimanapun, pada 6 Januari lalu, Lau membenarkan permohonan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan awalnya sementara menunggu Mahkamah Rayuan membuat keputusan rayuan menteri.

Andrew berkata, penerbitan edisi seterusnya juga tidak akan menggunakan kalimah Allah bagi memastikan isu itu tidak memuda-ratkan hubungan rakyat berbilang agama dan bangsa di negara ini.

Sementara itu, Majlis Gereja-Gereja Sabah mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung permintaan

Presiden Majlis Jaksa Pendamai (JP) Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun supaya masyarakat Kristian menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah Allah.

Pengerusinya, Reverend Jerry Dusing, berkata pendirian itu diambil untuk menjaga sensitiviti masyarakat Kristian dan Islam, terutama selepas insiden beberapa gereja dibakar.

"Isu ini bukan mudah. Biarlah ia diselesaikan

melalui saluran betul. Biarlah pihak berkaitan agama menyelesaikannya," katanya
 
Sponsored Post

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
alhamdulillah... bgsla.. bole terpesong akidah...
 
saifulkoy

Fun Poster
Joined
Apr 1, 2009
Messages
627
Reaction score
9
Points
15
Alhamdulillah....
berakhir nya dgn satu penyelesaian
 
saifulkoy

Fun Poster
Joined
Apr 1, 2009
Messages
627
Reaction score
9
Points
15
Alhamdulillah....
berakhir nya dgn satu penyelesaian
:)
 
kainlangsir

Legendary Member
Joined
Jul 24, 2006
Messages
12,455
Reaction score
266
Points
141
kadang2 dalam sesuatu hal kena guna kekerasan. main rundingan saje..nnt dipijak kepala.
 
lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,040
Reaction score
919
Points
121
alhamdulillah keamanan masih lagi terpelihara di muka bumi Malaysia ini
 
fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,985
Reaction score
258
Points
136
"Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membuat keputusan itu. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku kebelakangan ini (tindakan membakar gereja), saya berasa tindakan kami boleh membantu untuk mengurangkan ketegangan dalam negara.
masa ko bawak isu nih ke mahkamah , xde plak ko fikir kesan2 yg akan berlaku. ... so what ..!! ko nak sedih bagai..

"Keputusan itu juga dengan mengambil kira sebarang huru hara boleh mengakibatkan rakyat terutama di kalangan miskin menanggung beban, selain menjejaskan ekonomi negara apabila pelabur bertindak untuk tidak meneruskan urus niaga mereka di sini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
kalau ko ngan penganut ko kekal bertuhankan jesus pun , ekonomi malaysia xkan jatuhnye...pandai ko cakap pelabur takut pasal isu kalimah Allah menjejaskan bisnes dorang...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register