BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hentikan Trend Sambut Hari Lahir Di Kubur Anak - Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
444,536
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
444,536
Reaction score
35,503
Points
2,836
Awards
2

Hentikan trend sambut hari lahir di kubur anak​


26 FEB 2024

2552516.jpg

Ibu bapa beragama Islam diingatkan supaya menghentikan tindakan menyambut hari lahir untuk anak yang sudah meninggal dunia di kuburnya.(Gambar hiasan) Foto 123rf


SHAH ALAM – Orang ramai khususnya ibu bapa beragama Islam diingatkan supaya menghentikan tindakan menyambut hari lahir untuk anak yang sudah meninggal dunia di kuburnya dengan membawa kek dan menyanyikan lagu selamat hari jadi.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbuatan tersebut sewajarnya digantikan dengan doa dan sedekah kepada si mati seperti yang dianjurkan dalam Islam.

“Persoalan seperti ini sentiasa berlegar dalam khalayak masyarakat sama ada dibolehkan atau tidak dan adakah termasuk dalam perbuatan yang bercanggah dengan akidah, atau ia tidak dibolehkan dalam Islam.

“Menjawab soalan di atas, kami katakan bahawa perbuatan tersebut adalah lebih baik jika ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim dan juga memberi makan kepada fakir miskin kerana manfaatnya jauh lebih besar buat dirinya, di samping memohon keampunan buatnya,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya pada Isnin.

Dalam pada itu, ujar Zulkifli, tujuan menziarahi kubur adalah bagi mengingatkan umat Islam kepada kematian dan hari akhirat, bukannya menyentuh perihal berkenaan kehidupan semata-mata.

“Dengan sebab itu, mengimbau kepada sunnah dan sirah Nabi SAW, Rasulullah SAW sentiasa ziarah kubur untuk memberi syafaat kepada ahli kubur dengan doa atau mengambil faedah untuk mengingati kematian dan muhasabah diri.

“Bahkan kita sendiri ada diajar untuk berdoa agar diselamatkan daripada azab kubur,” jelasnya.


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register