BTC USD 93,812.2 Gold USD 2,689.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hentikan Serta-Merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,278
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,278
Reaction score
7,056
Points
916
Awards
1
03.12.2024 - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu dihentikan serta-merta. Seri Paduka Baginda dalam titah sulung selaku Canselor UPNM, meminta semua pihak untuk berusaha menamatkan budaya tidak sihat itu dan mengembalikan semula nama baik universiti berkenaan.

“Jika ia terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah. Saya percaya, ibu bapa menghantar anak mereka ke sini untuk belajar menjadi seorang pegawai tentera dan bukannya untuk didera,” titah Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim bertitah falsafah UPNM adalah untuk menjadi sebuah universiti utama di rantau ini dalam bidang pertahanan, ketenteraan dan keselamatan. Oleh sebab itu, Seri Paduka Baginda bertitah universiti tersebut turut dikawal selia oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Akademi Latihan Ketenteraan.

“Ini bermakna, disiplin dan budaya tentera adalah menjadi falsafah utama universiti ini. Namun begitu, saya merasa dukacita dengan budaya penderaan yang berlaku, sehingga menyebabkan kematian seorang pegawai kadet pada tahun 2017. Bagi melahirkan seorang pegawai tentera, memang memerlukan latihan fizikal dan mental yang keras, tetapi ini tidaklah sampai mendera hingga menyebabkan kecederaan dan kematian. Lebih mendukacitakan saya, walaupun kejadian penderaan sebelum ini telah dihadapkan ke mahkamah, tetapi perkara ini masih terus berlaku pada setiap tahun, seperti tiada usaha yang serius diambil oleh mana-mana pihak,” titah Sultan Ibrahim.

Pada istiadat konvokesyen itu, Seri Paduka Baginda turut mengingatkan para graduan bahawa mereka akan mengharungi pelbagai bidang pekerjaan yang lebih mencabar, selain tiada jalan pintas untuk mencipta kejayaan dan semuanya memerlukan usaha keras dan sifat takwa dalam setiap pekerjaan. Pada masa yang sama, Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.

“Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dan seorang anak yang sentiasa mengenang jasa serta mendoakan kedua ibu bapanya. Sudah tentu kejayaan ini adalah juga berkat doa restu daripada ibu dan bapa, serta usaha daripada tenaga pengajar. Justeru itu, jangan sekali-kali awak semua melupakan jasa dan peranan ibu bapa serta tenaga pengajar,” titah Sultan Ibrahim.

Mengakhiri titah, Yang di-Pertuan Agong mendoakan semoga kedaulatan dan kemakmuran negara akan terus terpelihara daripada sebarang ancaman dan musibah. Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian pada Istiadat Pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Canselor UPNM dan Konvokesyen ke-14, hari ini.​

1733198070377.png
 
Sponsored Post

Agong Titah Panglima, Komandan Letak Jawatan Jika Gagal Tangani Kes Dera Di UPNM

03.12.2024 - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menggesa panglima dan komandan bertanggungjawab dengan meletak jawatan jika gagal menangani kes dera di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Baginda menzahirkan rasa dukacita dengan penderaan sehingga menyebabkan kecederaan serta kematian di UPNM dan mahu budaya tidak sihat terbabit dihentikan demi memulihkan nama baiknya. Sultan Ibrahim mengakui latihan fizikal dan mental keras diperlukan bagi melahirkan seorang pegawai tentera tetapi tidak sampai sehingga menyebabkan kecederaan serta kematian. Lebih mendukacitakan baginda, kejadian penderaan terus berlaku seperti tiada usaha serius diambil mana-mana pihak walaupun kejadian sebelumnya telah dibawa ke mahkamah.

“Falsafah utama UPNM ialah untuk menjadi sebuah universiti utama di rantau ini dalam bidang pertahanan, ketenteraan dan keselamatan. Disiplin dan budaya tentera adalah menjadi falsafah utama universiti ini. Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah,” titanya.

Titah baginda pada Istiadat Konvokesyen Ke-14 UPNM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) itu dikongsi menerusi Facebooknya. Pada 1 Jun 2017, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain meninggal dunia selepas didera enam bekas penuntut UPNM yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Menteri Pertahanan Khaled Nordin pada 27 Nov lalu, mengumumkan lima PK Akademi Latihan Ketenteraan UPNM diberhentikan dan diarah membayar ganti rugi kerana terbabit dalam tiga kes penganiayaan. Bagi kes pertama, pelaku Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan telah menekap seterika ke atas Muhammad Salman Mohd Saiful Surash semasa melaksanakan pemeriksaan tubuh berkala, pada 28 Okt.

Menurutnya, pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Pengambilan 2021) itu dibatalkan pelantikan sebagai PK, selain perlu membayar ganti rugi RM44,600 dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Sementara itu, kes kedua melibatkan tiga pelaku Izzat Izuddin Mohammad Arif (pengambilan 2021); Muhammad Hidayat Haqimi Mohd Yuslan (pengambilan 2023), dan Ku Muhammad Irfan Ku Zaimi (pengambilan 2021) yang melakukan penganiayaan terhadap Alief Ahsreihan Ahslemy. Ketiga-ketiga pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan dalam tentera, dan masing-masing dikenakan bayaran ganti rugi kepada kerajaan sejumlah RM48,452.75; RM19,481.70, dan RM44,600.20.

Kes tiga melibatkan kes penganiayaan secara fizikal oleh Ammar Hafiy Muhammad Habib (pengambilan 2022) terhadap Yeong Kian Rui dengan melibatkan kecederaan ‘soft tissue injury over lower back secondary to trauma’. Pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan dalam tentera, dan dikenakan bayaran ganti rugi RM32,115.95.​

1733198138897.png
 
Baca;
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register